Drop Here 1st~

Blog Tutorial : Skrol Box Pada Widget

Assalamualaikum w.b.t


Blog korang terlampau serabut disebabkan widget-widget yang 'panjang'?? seterusnya membuatkan blog korang menjadi perlahan a.k.a lembab nak loading?? 
sayang nak buang widget yang 'panjang' itu?? Mungkin ini boleh membantu. 
Blog tutorial hari ini aku nak berkongsi pasal bagaimana nak buat skrol box. Kebanyakan blog dah pun buat pasal benda ni,juz nak berkongsi lagi dan sebagai rujukan aku pada masa akan datang.
Ia tersangat la mudah untuk dilakukan. Hope so dengan skrol box ni blog korang akan lebih ringan dan lebih kemas.




Skrol box ini boleh digunakan hampir pada semua widget korang. Paling sesuai korang guna pada Master Linky. Kenapa?? sebab Master Linky ni tempat para blogger meninggalkan jejak diorang, 
kalau dah ramai sangat datang meninggalakan link dorang, pasti Master Linky korang tu nampak serabut, apa lagi, skrol box kan ia.


Contoh Scroll Box 




Segala widget yang menggunakan HTML code korang boleh gunakan cara ini untuk jadikan ia skrol.


Ini tutorialnya~


1. Dari dashboard > design > page element > add gadget > HTML/javascript (kalau korang dah letak widget kat blog, juz buka HTML/javascript widget tersebut)


2. Masukkan/ubah kod widget seperti berikut :




<div style="width:426px;height:100px;overflow:auto; ">


Masukkan/Ubah kod widget korang disini


</div>


penerangan:
width : untuk mengubah luas skrol box
height: untuk mengubah ketinggian skrol box


3. Setel? save dan lihat hasilnya. Tak puas?? edit width dan height sampai korang puas.


Semudah 123...^^


~10jarijemari menari-nari berkongsi informasi~


4 comments:

nub said...

woahahaha..nice lah!!!

Hafzan Sarah said...

wahhh..nice2!!
dah lama dah nak buat cenggini, tapi tak reti..mujur terbaca entri ni.
hehe.
thanx a lot ya!

10jarijemari said...

nub! haha...thanx...

hafzan! sama la....welkam..^^

MammaSun said...

best...best....jalan2 cari tutorial yg menarik :)