Berdoa boleh dilakukan pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun terdapat waktu-waktu tertentu yang lebih mustajab sebagaimana disarankan Rasulullah SAW sendiri...
1. Waktu pagi sebelum terbit matahari dan selesai menunaikan solat waktu Subuh.
2. Tiap-tiap selepas solat fardhu 5 waktu.
3. Antara solat Zuhur, Asar dan Maghrib.
4. Antara Azan dan Iqamah atau selepasnya.
5. Ketika bangun tidur.
6. Selepas baca tasyahud akhir sebelum salam.
7. Ketika hendak masuk masjid.
8. Antara takhbir solat hari raya.
9. Dalam khutbah Jumaat, khutbah hari raya dan khutbah nikah.
10. Ketika menziarahi makam Rasulullah SAW di Masjid Nabawi.
11. Ketika melakukan sesuatu pekerjaan penting.
12. Ketika membaca Qunut bagi solat Subuh dan lain-lain.
13. Tiap-tiap kali mengadakan majlis dan upacara yang tidak berbentuk kemaksiatan dan kemungkaran.
14. Ketika ditimpa kesulitan, gundah gulana dan resah gelisah.
15. Ketika berjumpa dengan sanak saudara dan sahabat handai yang lama berpisah.
16.Ketika hujan turun.
17. Ketika hendak memulakan solat dan sesudah mengerjakannya.
18. Sepanjang malam, terutama sepertiga yang terakhir dan waktu makan sahur.
19. Ketikan khatam al-Quran 30 juzuk.
20. Ketika bersujud dalam solat khususnya pada sujud terakhir.
sumber : Indahnya Hidup Bersyariat oleh Dato' Ismail Kamus
~10jarijemari menari-nari berkongsi ilmu untuk pedoman diri~
6 comments:
ketika bgn tidur ea? waktu yg mustajab? hmm.. blh praktik kan ni... thx
bese pas bangun tido bc doa tido jer..hik2 tak tau pun mustajab gak time tuh..TQ for de info! (^_~)
berdoalah selalu tak kira dimana jua anda berada..insyaAllah Allah pasi kabulkan doa kita
yuny khoo~ betol tu...amalkan yer...^^
zuyyin~ tau xper...mula2 pon tak tau yang memg mustajab....
cik jari~ yup betul tu....^^
Post a Comment