widget

Drop Here 1st~

Elakkan Tekanan

Assalamualaikum w.b.t

Dalam kehidupan kita ini kita tidak sememangnya dapat mengelakkan diri daripada berdepan masalah peribadi dan rumah tangga. Bagaimanapun dalam usaha mencari kegembiraan dalam kehidupan kita hendaklah melakukan sesuatu untuk mengelakkan tekanan terus menghimpit perasaan. Ada banyak perkara boleh dipelajari dan dilakukan untuk mengelakkan tekanan. Sekiranya korang ingin mempraktikkan sesuatu ia hendaklah bersesuaian citarasa dan naluri masing – masing supaya tidak berlaku sebaliknya. Kita tidak perlu memaksa diri untuk terus menggunakan teknik berkenaan tetapi jika ia suatu yang positif bolehlah dilaksanakan secara perlahan –lahan.

Usaha untuk mengatasinya adalah langkah terbaik bagi mengelakkan diri daripada melakukan perkara di luar batasan.
           
Disini aku ada beberapa cara yang mungkin boleh membantu korang semua


-   TUMPUKAN PERHATIAN DENGAN MEMBACA.

Peruntukkan masa lapang dengan membaca perkara diminati dengan ini korang akan dapat mempertingkatkan pengetahuan dalam bidang berkenaan. Aktiviti membaca mampu memberikan maklumat kepada seseorang terutama kepada yang mencari jalang penyelesaian.

-   JAUHKAN DIRI DARIPADA ORANG YANG BOLEH MENYEBABKAN MASALAH KEPADA DIRI ANDA.

Individu sedemikian sering melukakan hati anda apabila bercakap dan boleh memberikan kesan negatif terhadap diri kita.

-   JANGAN SUKA MENYEBARKAN FITNAH ATAU GOSIP TERHADAP ORANG LAIN KERANA IA BOLEH MENYEBABKAN KITA TIDAK SELESA DAN GEMBIRA.

Seperti orang lain kita juga tentu tidak mahu orang lain mengumpat atau mengata sesuatu yang buruk mengenai kita. Oleh itu, jauhkan aktiviti sedemikian apabila bertemu dengan teman.

-   MEMBERI BANTUAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN.

Jika korang mempunyai sikap seperti ini perasaan puas akan timbul apabila berjaya membantu seseorang dalam kesusahan. Tidak dinafikan suatu hari nanti mereka yang dibantu akan membalasnya balik. Tapi jangan pula mengharap, tak ikhlas namanya

-   MEMBABITKAN DIRI DALAM AKTIVITI SUKAN.

Ativiti sukan seperti badminton, bersenam dan berjoging mampu memberi ketenangan dan kegembiraan. Aktiviti ini bukan sahaja memberi kegembiraan tetapi menambahkan ramai kenalan untuk berkongsi aktiviti sama. Ini mencetuskan suasna lebih baik dalam hubungan kekeluargaan dan persahabatan.


-   MEMPUNYAI KELUARGA YANG HARMONI

Suami yang memahami dan anak – anak yang menghormati ibu bapa mampu membentuk kebahagiaan dan kerukunan sesebuah keluarga. Usaha ini perlu dimulakan dirumah dengan memberikan pendidikan kepada anak – anak. Selain itu berkongsilah pandangan dengan suami jika berdepan masalah atau salah faham berhubung sesuatu perkara.

-   BERTEMU DENGAN RAKAN LAMA, MAKAN BERSAMA DAN SALING MENGIMBAS KISAH SILAM YANG MEMBAHAGIAKAN

Pertemuan seperti ini pasti memberikan korang peluang untuk bercerita kisah sepanjang mengenali rakan selain merapatkan lagi hubungan sosial.

-   MERAIKAN KAWAN – KAWAN YANG YANH BERKUNJUNG KERUMAH ATAU BERTEMU MEREKA DILUAR

Aktiviti seperti ini membolehkan anda menghargai teman selain membuatkan mereka rasa dihargai.

-   BERSIFAT PEMAAF DAN MUDAH MELUPAKAN KESALAHAN ORANG LAIN TERHADAP ANDA.

Elakkan menyakiti orang lain atau membalas dendam. Sifat pemaaf ini membuatkan hati korang sentiasa tenang. Belajar sesuatu yang baru dan memahirkan diri dalam bidang berkenaan seperti menjahit. Menimba pengalaman untuk melakukan sesuatu yang baru pasti membuatkan korang berusaha mempelajarinya dan ini membolehkan diri melupakan masalah yang dihadapi.

-   MEMBUAT ORANG LAIN GEMBIRA DENGAN MENGGEMBURAKAN ORANG LAIN.

Jika korang sentiasa bersedih ia boleh menyebabkan kemurungan. Langkah terbaik ialah berusaha untuk menggembirakan diri sendiri dengan berkongsinya bersama teman.

-   JADIKAN DIRI ANDA SEORANG PENDENGAR YANG BAIK.

Apabila kita mendengar masalah orang, ia boleh dijadikan iktibar kepada diri sendiri. Ingatlah walaupun kita dengan kesusahan masih ramai lagi yang bersedia membantu. Melakukan hobi seperti mendengar muzik, berkebun, memancing dan melancong. Melakukan hobi seperti ini secara tidak langsung dapat membuatkan korang melupakan tekanan yang dihadapi.


~10jarijemari menari-nari berkongsi informasi~

5 comments:

kindergartenlibrary said...

Nice tips untuk Nelly ..
5 star ..
=)

10jarijemari said...

thanx nell~

Unknown said...

Tidak lupa juga...Tidur yang cukup :D

Ezad said...

Tapi kalau yang menjauhkan kan diri tue... orang yg kite syg macam maner?.. nway tips nie bagus.... :)

sejambakselasih said...

Qiyamulail... terbaik!