widget

Drop Here 1st~

Faster




Assalamualaikum w.b.t

Korang dah tengok cerita Faster?? lakonan Dwayne Johnson a.k.a The Rock the famaous wrestler suatu ketika dahulu, badan dia memang terbaik, full dengan otot yang berketak-ketak, muka hensem la juga walaupun dalam cerita tu dia nampak agak tua sikit, minat gila dengan Dwayne Johnson ni,haha...opss! aku masih meminati wanita lagi ok. Sebelum ni pun dia dah pernah berlakon banyak juga la antaranya The Rundown, Walking Tall dan Be Cool.

Tapi aku bukan nak cerita pasal movie dia yang before ni, aku nak cerita pasal movie dia, Faster


serba sedikit sedikit pasal cerita ini

Dwayne Johnson a.k.a The Driver merupakan ex-con yang telah dibebaskan selepas menjalani hukuman penjara 10 tahun atas rompakan bank yang telah dilakukan oleh beliau. Keluar jer dari lokap ni dia terus pergi membunuh orang,ye beliau memang tak insaf,

Grrr~
siapakah orang yang nak dibunuh beliau?? mereka merupakan orang yang telah merampas hasil rompakan beliau dan membunuh krew-krew rompakan dia termasuk adik beliau sendiri. Sebab dendam dan panas hati adik dia kena bunuh, The Driver ni pergilah cari mamat-mamat yang telah bunuh adik beliau. 

Salah sorang geng yang merampas duit rompakan beliau ni polis a.k.a The Police yang nak bersara, dia lah orang yang hampir membunuh beliau. Akibat The Driver ni power, kena tembak kat kepala pun masih hidup lagi, hero la katakan. Dalam proses The Driver ini nak pergi membunuh ada seorang mamat pembunuh upahan a.k.a The Killer hendak membunuh beliau,motif The Killer ini yang aku rasa aku tahu dia terima kerja membunuh ni sebagai hobi jer, watdehek! dah ada isteri cun melencun + harta yang kaya raya lagi mahu buat kerja ni ker?? buat anak lagi bagus, haha....teett!

The Killer nak bunuh The Driver
Ending movie ni dimana The Driver ini telah bunuh semua orang yang di dendamkan kecuali The Police yang dia tak tahu identiti nya. Police itu telah menembak kepala beliau, beliau buat-buat kool mati tapi lepas tu dia tembak kepala mamat Police tu DAAMMM!! mampus. haha~

DAMM! DAMM!! mati kau
sekian! ^^

menarik cerita ni ialah :
- 2x kali The Driver kene tembak kat kepala, masih hidup!! hero mana boleh mati kan?? ^^

- The Driver ni mengambil masa yang agak singkat untuk membunuh list yang beliau dendamkan, mungkin sebab tu nama movie ni faster kot.
 
- ada satu babak dimana mamat yang sepatutnya The Driver ni bunuh tapi dia tak bunuh, kenapa?? sebab mamat tu dah insaf dan lebih kuat beragama, bible kat tangan beb masa beliau nak bunuh, hebat kan bible?? haha...

- aku tak tahu apa motif watak The Killer wujud, aku rasa tak wujud pun ok kot movie ni,haha...

- Pistol The Driver sangat la power!! Besaq dan kuntut~

- movie ni aku suka sangat sebab aku pergi tengok tak mengeluarkan sesen pun siap dapat popcorn lagi...haha...

~10jarijemari menari-nari lepas menonton aksi~

3 comments:

Anonymous said...

ish , siap bagi taw ending lagi. tak thrill langsung. tak jadi nak pergi tengok haha

10jarijemari said...

haha...alamak terbgtau ke?? tgu jer kuar kat tv k...haha~

Anonymous said...

Anda di tag!

http://fatynadia.blogspot.com/2011/02/sebab-saya-tengah-tak-ada-kerja-nak.html