Assalamualaiku w.b.t
Yes!! entry kali ini merupakan sambungan dari entry yang lepas sama tajuk dia cuma kali ni Part 2... hehe...
Yes!! entry kali ini merupakan sambungan dari entry yang lepas sama tajuk dia cuma kali ni Part 2... hehe...
well jom baca sambungan dia...^^
1. Tatapan Mata
suami cukup untuk menggambarkan perasaan anda terhadapnya. Tidak perlu diungkapkan dengan kata-kata. Apatah lagi pandangan tersebut adalah pandangan penuh keikhlasan, redup dan penuh pesona.
2. Membelai Rambut
Suami akan merasalebih disayangi sekiranya isteri pandai membelai rambutnya. Apabila duduk bersama, jangan malu untuk membelai rambut pasangan secara perlahan dengan menggunakan hujung jari bermula dari dahi hingga ke belakang leher.
3. Hembusan nafas.
Jangan tidak percaya bahawa hembusan nafas anda yang hangat akan merangsang si dia. Sentuhan bibir anda secara perlahan di telinganya. Bunyi hembusan nafas anda yang hangat akan membuatkan
si dia tidak sabar untuk mendakap anda.
4. Hindari Menyentuh Kelemahannya.
Bagi mengelakkan hubungan intim menjadi kurang menyenangkan, jangan sentuh kelemahan yang ada pada tubuh suami. Tumpukan pada bahagian dadanya yang bidang, lengannya yang sasa. Hindarkan menggosok-gosok perut suami yang buncit kerana ia mungkin terus melunturkan hasrat bersama anda.
5. Membuat Kejutan.
Suami akan sentiasa menginginkan anda sekiranya anda isteri yang sentiasa membuat kejutan dari masa ke semasa. Ini termasuklah membuat perubahan dari segi penampilan. Jika di tempat tidur sesekali kenakan pakaian yang jarang dan menampakkan bahagian tubuh. Anda boleh juga memakai pakaian yang singkat dan seksi
6. Rangsangan Visual.
Sekiranya ingin membuat suami cepat ghairah sekali-sekala ambil tindakan yang agak agresif, agak kasar dan 'macho'. Tarik si dia dan bertindak secepat kilat.
~10jarijemari menari-nari berkongsi informasi~
2 comments:
hehehe..malu la..
dah mcm cerita mexico telenovela la ajai ada sambungan2..hehe
mohon link ziarah la :) http://menulisdenganhati.blogspot.com/2011/02/menarik-sangat-ke-blog-awak-tu.html
Post a Comment