widget

Drop Here 1st~

Indahnya Wanita Itu

Entry ini lebih ditujukan khas kepada wanita-wanita diluar sana juga boleh juga dijadikan panduan kepada para lelaki juga Lihatlah betapa istimewanya mereka, betapa mulianya disisi Allah....
Berjaya seorang lelaki dengan berdirinya seorang wanita dibelakangnya...dan berjaya seorang wanita itu dengan adanya akhlak yang terpuji...

Download saya

1.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang
jahat.


4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80
rakaat solat wanita yang tidak hamil.


5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu
badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang
diberikannya.


6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam
keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana
menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat
isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan
kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal
daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan
wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan
menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang
sakit
akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan
hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh
binatang itu dengan doa keberkatan.

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan
berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.


14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan
mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan
setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan
dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun
solat.

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka
maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib
baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah
akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki
syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.


Betapa untungnya wanita kan??...pelbagai ganjaran yang disediakan kepada mereka...masyaAllah...wanita sekalian, adakah anda yang masih mengamalkan tuntutan syariat?? yang masih menjaga akhlak dan perilakunya??atau sebaliknya??
renung-renungkan dan selamat beramah ^^

sumber: google image





7 comments:

GR said...

inginkan wanita solehah :)

10jarijemari said...

apalagi...mulakan usaha mencari~

miho amyra said...

ya ! ya ! selamat bertemu...=)

Ramlan said...

bukan senang nak cari wanita solehah. yang ada tu kita didik la elok-elok... :)

SazaInfineez said...

suke baca entry camnih...berblogging sambil kutip pahala..hehe..but sy tak reti camne nak share mende camni kat blog..masih perlu bimbingan.. :)

Shila Asmadi said...

Alhamdulillah, saya bersyukur sebab dilahirkan sebagai perempuan :)

10jarijemari said...

little~ selamat juga...^^

saya~bagai mencari permata didalam timbunan kaca...^^

saza~ thanx....bole jer..kene banyak membaca..=)