widget

Drop Here 1st~

Khas Kepada Para Pencinta

10 perkara elakkan dalam bercinta

Cinta memang tidak pernah mengenali sebarang hukum, peraturan mahu pun undang-undang, yes! love is blind ^^. Hanya kerana cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja. Dan kerana cinta jugalah, manusia mudah hanyut dibuai perasaan dan tidak menyedari rupanya ia mengundang padah. Berhati-hati dengan setiap perkara yang kamu lakukan, jangan sampai batasan pun dilanggarnya, dosa!!


Bercinta kerana simpati dan kasihan.
Korang tidak akan menjadi dewi/dewa penyelamat jika memaksa diri menerima cinta si dia! jangan sama sekali  yer...at the end, you will suffer..Perasaan ikhlas dan jujur itu semestinya tidak akan wujud dalam diri andai ia menjadi penyebab mengapa korang sudi bertaut cinta bersama si dia.

Melirik kepada jejaka/gadis lain.

Cinta bukanlah penghalang untuk korang meluaskan pergaulan, namun harus ada batasan tertentu, jangan nak main redah jer... Walaupun niat korang hanya sekadar cuci mata ke, cuci kaki ke, dengan melirik pandangan pada jejaka / gadis lain, ia boleh membawa kepada kecurangan. Abang tengok apa tu!? Abang tengok awek tu,cun je yang...APA!! eh..eh..silap handbag dia, cun! lagi cun ayang pakai...hee~ Ayang nak 10! err...=_='

Pura-pura tertarik pada bicara si gadis.
Korang tidak seharusnya berpura-pura tekun ketika mendengar si dia berbicara tentang perkara yang tidak korang suka. Jangan paksa diri korang untuk berhadapan dengan semua perkara ini kerana apa yang dikatakan sebenarnya langsung tidak singgah ke otak kamu. Hipokrit namanya tu! I Hate That!!

Tidak ingin kalahkan si dia.
Korang sanggup menyerah kalah ketika berlawan badminton bersamanya semata-mata mahu menjaga hatinya, haha...sape tak sayang awek kan?? ^^. Tak salah bersaing tetapi mestilah ke arah yang positif dan boleh variasikan hubungan itu.


Harus sentiasa bersama.
Ini tidak bererti teman-teman korang harus disingkirkan semata-mata korang sudah menemui cinta, ini memang aku pantang sekali!! Sebaliknya, masukkan si dia dalam kelompok teman-teman korang agar dia boleh membiasakan dirinya. Asyik berdua saja boleh menimbulkan rasa bosan kan? tau tak ape...hehehe..^^

Rapat dengan sahabat karib si dia.
Tak salah mengenali sahabat karibnya tetapi hati-hati supaya tidak terlalau akrab. Ini boleh menimbulkan pelbagai rasa sangsi atau lebih teruk kalau temannya jatuh cinta padamu OMG!!. Sebaliknya kamu harus lebih mengenali keluarganya dan berusaha merebut hati kedua ibu bapa si dia, thats the way..^^

Berpura-pura tidak cemburu.
Korang harus dapat membezakan antara sikap percaya dan berdiam diri apabila melihat si dia asyik berbicara dengan jejaka / gadis lain. Andai keterlaluan, tegur si dia dengan cara yang terbaik. Biar si dia tahu perasaan kamu ketika itu, you are mine dear~ ^^

Terlalu menerima sikap si dia.
Setiap orang memiliki kelebihan dan keburukan tersendiri. Jangan kerana terlalu menyangi dirinya, korang menerima segala keburukannya walaupun hati korang sakit, telan jer kan, pahit masam semua redah. Fikirkan insiatif untuk mengubah keburukannya, baru ada kontra dekat situ.

Memaafkan sikapnya yang keterlaluan.

Jangan diam sahaja andai si dia melakukan sesuatu perkara yang tidak korang sukai. Tak salah kalau korang menegur perbuatanya yang ‘kurang’ itu supaya si dia menyedari dan sanggup berubah demi kebaikan, kalau rase seksi sangat awek tu nasihat, tak nak juga, belikan kain ela...nah amek!..^^


Biarkan si dia membayar.
Sesekali apa kata kamu cuba bergilir-gilir membayar setiap kali makan atau minum. Lagipun ia mencerminkan tolak ansur dalam perhubungan tersebut. Tetapi pada kaum lelaki, jangan pula rasa tercabar kalau kekasih mahu belanja kamu! Eh!! mana ada, saya suka apa....^^
ha..kira sekali dessert ni sekali yer~ ^^

apa-apa pun...ketika bercinta kita hendaklah menjaga batas dalam pergaulan...jangan melampau-lampau. Ingat mak ayah nak buat sesuatu tu...
renung-renungkan dan selamat bercinta...^^

3 comments:

Unknown said...

entry bes ni...yalah kan ramai nak becinta jaa keja an..bhahaha

t wat laa entry nak kawen punya..mesti lagi syokk...hahah

10jarijemari said...

haha...ade2 dalam proses ^^

Anonymous said...

sekarang ni semua blog pun nak cakap pasai cinta. hik, saya bila lagi tah..

anyway, semua nasihat yang diberikan adalah positif. semoga semua pasangan dapat amik iktibar. hoho