Entry saya sebelum ini ada menyingkap tentang apa itu doa, sifat-sifat doa dan tempat yang mustajab untuk berdoa. Hari ini saya ingin berkongsi tentang doa yang dimakbulkan dan doa yang tidak dimakbulkan.
Mari kita sama-sama singkapkan~ ^^
Doa yang tidak dan dimakbulkan
Dimakbulkan
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa (bukan dibuat-buat)
3. Terasa menggeletar beberapa ketika semasa bersolat.
4. Orang yang terdesak.
5. Orang yang dizalimi.
6. Anak yang berbuat baik kepada kedua ibu bapanya.
7. Doa seorang muslim yang tidak berbuat zalim dan tidak memutuskan hubungan silaturrahim.
Tidak Dimakbulkan
1. Ditangguhkan pada suatu ketika yang munasabah.
2. Kerana Allah mengetahui seandainya permohonan ini dimakbulkan boleh menyebabkan sesuatu yang akan menyusahkan diri pemohoon.
3. Berkemungkinan syarat-syarat doa tidak lengkap seperti tidak ikhlas, tergesa-gesa, tidak memohon kebaikan, hati yang tidak hadir, makanan dan pakaian dari sumber-sumber haram dan syubhah.
~10jarijemari menari-nari berkongsi ilmu untuk diri~
No comments:
Post a Comment