widget

Drop Here 1st~

Nafsu Memuncak Di Puncak

Assalamualaikum w.b.t

Yes! penat aku berjuang bangun pagi kerana ingin memuaskan nafsu aku ini, urrgghh!!  pukul 4.30 pagi aku dah bergerak ke tempat kejadian, moga-moga aku tak terlewat. Oh tidak! mereka tidak sampai lagi, macam mana ni?? janji nak jumpa sebelum matahari naik, karang kantoi pula, huhu~ 

5 minit kemudian zaki, edan dan lehud sampai. Dengan pantas aku memecut white evo aku ke tempat yang dijanjikan bersama wira zaki.

tepat pukul 6.30 pagi selepas selesai solat subuh aku pun mula masuk ke dalam kawasan kelapa sawit, perggh! memang ramai dah sampai dulu, port ni memang ramai orang datang nak buat projek....aku pun nak gak join. Hope so ada port kosong....

20 minit kemudian setelah aku mandi peluh aku telah tiba di tempat yang dijanjikan, alangkah seronoknya aku tak terkata, membuak-buak nafsu aku ini tatkala melihat.....
BUKIT BROGA!!

YAHOOO!! aku memang idam-idamkan nak datang ke tempat ini pada waktu sebelum matahari naik. Dulu nak naik hujan, terpaksa cancel, so kali ni nekad nak naik juga, apa nak jadi, jadi lah, haha...

Hari aku pergi tu tersangat la ramai orang, penuh di segenap pelusuk, nak snap pic pun mesti ada entiti-entiti yang termasuk sama, ahh! pedulikan yang penting aku dah sampai...berbaloi!

10jarijemari di broga!
nampak orang-orang tu?? tersangat la ramai..huhu~
waktu ni sejuk lagi, kabus pun masih ada lagi..
cantik bukan?? subhanAllah~
syafiq,sheikh dan zaki, mereka kekurangan oksigen di tempat yang 'tinggi' 
credit to that dude fareez atas dslr nya yang mantop!


nampak gurl yang sedang melocat keatas batu itu?? dia telah menjadi salah satu 'tarikan' di bukit broga ini...haha!


yes!  all this dudes are my friend! zaki, lehud, farez, sheikh, syafiq and edan







Selesai jer broga kitorang gerak ke Sungai Chongkak nak rendam kaki yang kepenatan tu. Setahu aku lah Sungai Chongkak ni tak la cantik mana pun tapi disebabkan dah boring ke Gabai so tukar angin ke Chongkak. 


Sampai je ke destinasi aku semacam tak percaya yang Sungai Chongkak ni tak macam dulu, serius dah cantik, bersih, tenang dan kemudahan dia sangat la bagus!


Bayaran masuk RM1 per kepala, oleh kerana aku nak bercamping malam itu, terpaksa bayar RM13, RM10 tapak kemah, RM3, 3 kepala yang bercamping..




perjalanan mencari port yang strategik!
Dari semua yang naik Broga hanya 3 orang yang stay camp malam tu, dorang semua balik nak tengok bola Selangor vs Kelantan. Setelah mereka pulang, kepisangan lah kami bertiga, haha~
lapaq deh, baru nak hidupkan api nak masak launch
tempurung itu adalah makanan kami...tanpa tempurung tiadalah bara nak dihasilkan untuk memanggang ayam..
Kepisangan kami bertiga tidak lama kerana ditemani mahluk aneh~boxerman, invisible yellow dan black tube. Mereka bukan sahaja mandi tetapi boleh pula beromen dalam air tu. Dengan gelak ketawa manja ala-ala ghairah kena lak baju tu melekap+jarang+basah menampakkan bukit-bukit broga mereka. Urrgghh! tolonglah aku dah tengok broga tadi pergilah beromen tempat lain, kami mahukan ketenteraman alam.
Yes! ada 4 broga baru muncul di Chongkak yang bakal di daki oleh boxerman!
Selepas klimaks baru makhluk-makhluk tu naik. Hampir berjam gak la makhluk-makhluk tu nak chow.

Yes now we peace at last...Sepanjang camping aku tu hujan jer manjang, tak ada aktiviti yang boleh dilakukan.

Keesokan harinya kitorang pulang

sekian

~10jari jemari menari nari melihat broga 5 kali~



3 comments:

Alis Misnan said...

wah bestnya.. hahah

eira said...

best nye..len kali nk ikut gak...cantikk...

10jarijemari said...

alis~ yup! bes..=)

eira~ jom..haha~