Drop Here 1st~

Siapa Jutawan Internet??

Assalamualaikum w.b.t


Adakah korang tahu yang internet ini boleh menjadikan seseorang itu kaya raya?? Ya! internet boleh memberikan korang duit kalau korang pandai manfaatkannya. Tak percaya?? mari tengok sini, antara yang berjaya dalam hidup dengan internet.





Mark Zuckerberg, 26 tahun
Facebook, $4.9 billion


Sememangnya boss kpd Facebook adalah yg terkaya. Facebook sekarang mempunyai lebih dari 500 juta ahli. Mark juga dicalonkan oleh Forbes sebagai org ke 35 terkaya di dunia

Aodhan Cullen, 27 tahun
Starcounter.com, $18 juta


Membuat website statisik untuk mencatat pengunjung blog dan website. Memiliki 1.5 juta ahli.

Matt Mullenweg, 26 tahun
Wordpress, 40 juta dollar


Selepas keluar dari CNet, Matt mencipta Wordpress. Kini, berjuta2 blogger menggunakan wordpress

Sean Belnick, 23 tahun
Bizchair.com, $42 juta

Ketika berumur 14 tahun, dia memiliki kedai perabut maya di internet. Dia bekerja di bilik tidurnya untuk menguruskan 100 pekerjanya

Greg Tseng & Schleier-Smith, 28 tahun
Tagged, $45 juta

Mereka berkawan sejak Grade 7 - Sebelum ini mereka telah menubuhkan sebuah syarikat ketika di universiti (Crushlink, laman sosial untuk lelaki single yang pemalu) daripada keuntungan syarikat tersebut, mereka melahirkan Tagged

Jack Nickell, 30 tahun
Threadless.com, $50 juta


Threadless adalah sebuah komuniti online yang menumpukan kepada design t-shirt yang di kelolakan oleh skinnyCorp Chicago, Illinois, sejak 2000. Jake Nickell memulakan syarikat dengan wang tunai hanya $ 1 000 yang dimenanginya dalam online contest design t-shirt

Alexander Levin, 26 tahun
Imageshack.us, $56 juta 

ImageShack adalah sebuah laman web hosting gambar di Internet. ImageShack mempunyai perkhidmatan melanggan, namun sebahagian besar pendapatan mereka dihasilkan daripada iklan yang berkaitan dengan hosting gambar percuma

John Vechey, 28 tahun
Popcap.com, $60 juta


PopCap Games adalah pemaju dan penerbit game kasual Amerika yang terkemuka yang berpusat di Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2000 oleh John Vechey, Brian Fiete dan Jason Kapalka, dan ketika ini mempunyai lebih daripada 180 orang staff. Sebahagian besar permainan PopCap bebas dimainkan tetapi dalam versi terhad, pemain dikenakan yuran bayaran jika ingin meneruskan permainan ke versi lengkap.

Jenama PopCap Bejeweled’s telah terjual lebih dari 25 juta unit pada hampir semua platform seperti web PC dan Mac, Xbox, Xbox 360, PlayStation 3, sel-ponsel, PDA, iPod Classic, iPhone / Touch dan peringkat mobile phone yang lain.

Angelo Sotaira, 28 tahun
Devianart, $75 juta

DeviantArt (deviantART atau dA) adalah sebuah komuniti online Amerika dengan daya tarikan di seluruh dunia yang memaparkan pelbagai bentuk karya seni yang dicipta oleh pengguna. Pertama kali dilancarkan pada 7 Ogos 2000 oleh Scott Jarkoff, Matthew Stephens, Angelo Sotira dan lain-lain. DeviantArt, Inc berpusat di Los Angeles, California, Amerika Syarikat. Sejak Mei 2009, dA mempunyai lebih daripada 10 juta ahli dan menerima sekitar 105, 000 design setiap hari.Deviantart.com menarik sekurangnya 36 juta pengunjung setahun pada tahun 2008 berdasarkan kajian yang di buat oleh Compete.com.

DeviantArt bertujuan untuk menyediakan tempat bagi setiap artis untuk mempamerkan dan membincangkan karya mereka. Bekerja ditetapkan dalam struktur kategori yang komprehensif, termasuk fotografi, digital art, seni tradisional, sastera, Flash, pembuatan wayang, kulit untuk aplikasi dan lain-lain, bersama dengan sumber-sumber download yang luas seperti tutorial dan saham fotografi. “Fella,” sebuah robot kucing kecil, adalah maskot rasmi DeviantArt .

Naveen Selvadurai, 28 tahun
Foursquare.com

Bekas Jurutera Sony, kemudian dia membuat Foursquare. Kurang dari 1 tahun, penggunanya melebihi 275 ribu orang. Foursquare menyediakan aplikasi popular untuk iPhone & Android.

Blake Ross, 26 tahun
Mozilla, $159 juta

Pada tahun 2004 dia mencipta pelayar Firefox. Selepas setahun, Firefox dimuaturun lebih dari 100 juta. Bayangkan ketika itu dia baru berumur 19 tahun.

Chad Hurley, 30 tahun
Youtube, $300 juta



Chad Meredith Hurley (dilahirkan 1976) adalah co-founder dan Chief Executive Officer YouTube. Pada Oktober 2006, dia menjual YouTube for $ 1.65 bilion kepada Google. Hurley bekerja di division PayPal eBay dan salah satu tugas yang beliau terlibat adalah merancang logo PayPal sebelum memulakan projek YouTube dengan rakan sekerjanya, Steve Chen dan Jawed Karim. Hurley adalah antara orang penting yang bertanggungjawab dalam penandaan dan aspek dalam video YouTube

Andrew Gower, 30 tahun
Runescape.com, $650 juta

Christopher Andrew Gower (lahir 2 Disember 1978) adalah seorang pengembang permainan Inggeris dan salah seorang pengasas Jagex Ltd, syarikat yang diasaskannya bersama Paul Gower dan Constant Tedder. Beliau membina MMORPG Runescape, dengan bantuan abangnya, Paul Gower dan juga merupakan pemimpin pemaju dalam syarikat ini.

Jagex Games Studio (atau Jagex Ltd / Jagex Software / JAGeX) adalah sebuah pengeluar permainan komputer online berpangkalan di Cambridge, Inggeris. Ini adalah terkenal dalam tiga versi daripada Runescape MMO, dan juga kerana telah menghasilkan laman permainan FunOrb dan mengembangkan ‘yang akan dirilis’ MechScape MMO. Jagex mempunyai lebih daripada 350 pekerja, dengan semua pembangunan kandungan, pengurusan, dan sokongan pelanggan diberikan terus dari rumah tempat mereka bekerja.

Kagum melihat kejayaan mereka?? aku pun jeles...huhu....
nak tahu lebih lanjut klik dibawah.

sumber : gempak.org

10 comments:

fatynadia said...

agak agak kalau ngorat jutawan kat atas ni berjaya dak?

eiysya zasya's said...

hebat! tengok carta nih pun dah tau Mark tuh takkan tutup fesbuk.. hoho~


p/s: saya tag kamu.. =D
mencari 10 kawan comel dan hensem..

Mr. Swift said...

Hello! Joging pagi-pagi kat sini tadi!
Best jugak sampai berpeluh-peluh sebab blog ni lawa sangat!
And ape lagi terus polo anda!
Happy blogging!
And happy new year 2011! :)

Psst! : Bloggis Comel Buat Perkara Tak Patut Jangan Tiru!

Amiey White said...

hehehe pakwe amiey mark tu :P

sop said...

seterusnya
Sop
gnesop.com 0000.00 juta
membina blog yang akan maju 10 tahun lagi.. huhuhuhu

~SYAZ~ said...

wau~!!!
hebat nye dorang tu..
kaye x kaya plak an??

Syafiq Rosli said...

pergh..semua muda2

the c0lourfull m0nster said...

nak kaye mude gak.. hihihih

yunykhoo said...

muke semua tak laa ensem mne.. tapi duit berjuta2 kat bank.. haihh..

Cik Agogo said...

ni baru betul jutawan internet...

yang cipta ape jenis skim MLM tu semua tunggu mase melingkup je... da la banyak tipu orang... keh keh keh...