widget

Drop Here 1st~

Etika

Assalamualaikum w.b.t


Entry kali ini  aku ingin berkongsi dengan korang tentang sesuatu yang mungkin la dianggap remeh bagi sesetengah pihak, tapi perkara yang remeh ini la kadang-kadang dapat memberi impak yang besar kepada seseorang, who knows??

10 Etika Seharian


Switch Off Your Handphone.
Ketika menghadiri sesuatu majlis , meeting, temuduga atau event yang penting, matikanlah handphone korang tu. Kalau menantikan panggilan penting pun biarkanlah ia dalam keadaan ‘silent’. Telefon semula setelah selesai suatu urusan itu.
Pintu 

Lelaki atau wanita, jika korang membuka pintu, pastikan korang menahan terlebih dahulu daripada ia terus tertutup, yela mana tahukan belakang korang ada kanak-kanak atau warga emas yang hendak keluar sama, tak adalah berlaku kemalangan malah kita telah membantu mereka.


Buah Tangan

Kalau berkunjung ke rumah orang ataupun majlis, bawalah buah tangan untuk diberikan kepada tuan rumah, tak perlu mahal sekadar  tanda kita ingat dekat mereka.

Arah Jalan

Jika berjalan pastikan disebelah kiri. Cara ini kita dapat elak dari tertembung dengan orang yang datang dari arah bertentangan. Format jalanraya.

Ucap Maaf Dan Terima Kasih

Minta maaf sekiranya melakukan suatu kesalahan dan berterima kasih kepada sesiapa. Terutama kepada isteri, pasangan, pemandu bas atau sesiapa sahaja. Tahukah korang minta maaf dan terima kasih merupakan ayat magik yang dapat menyelesaikan banyak masalah di dunia ini?? ^^


Bergaul

JIka menghadiri majlis pastikan ada bergaul dengan semua orang bukan sahaja dengan mereka yang berhadapan dengan kita ketika menghadap makanan. Ketika menikmati hidangan pastikan korang menjaga adab dan tertib ketika makan. Cara ini kita dapat menghotmati majlis.

Memegang Benda

Pastikan ketika memegang cawan, makanan , beg atau apa sekalipun pada tangan kiri Ini akan memudahkan kita untuk menghulurkan salam ketika berjumpa tetamu atau klien.


Penghargaan

Pujilah pakaian atau solekan sebagai tanda penghargaan buat kenalan. Ia juga sebagai pembuka bicara kepada anda berdua, tapi jangan pula berlebihan nanti ada yamg meluat dan perasan!! ^^

Pandangan Mata

Ketika berbual atau berinteraksi dengan seseorang pastikan korang memandang matanya dan sekali sekala lemparkan senyuman. Agak tidak sopan sekiranya ketika berinteraksi, sibuk melihat tempat lain seolah-olah tidak memberi tumpuan.



Situasi

Apa yang paling penting sekali ialah, ke mana pun kita pergi  segera memahami situasi dan sentiasa mengadaptasi keadaan sekeliling sebaiknya. Jadilah orang yang beretika dan disenangi semua.

Sekian.
~10jarijemari menari-nari berkongsi informasi~

5 comments:

Norasiah Nasir said...

erm..part memandang mata itu ..segan la...hahahaaha

10jarijemari said...

haha..pandang jela...itu guna mata...=)

Anonymous said...

saya sokong dengan semua point. tapi benda remeh sebegini la yang orang sekarang selalu jarang buat

logorithm said...

Great tips.. terima kasih! :-)

aida-myasara said...

kalau malu pandang mata pandang jelah di tgh kening tu...org yang memandang mata adalah org yang berani dan yakin itula yang saya bljar