widget

Drop Here 1st~

Soalan Cepumas Dari Eja

Assalamualaikum w.b.t

Bangun pagi-pagi jer aku terus online tengok blog. Macam biasa lah kedatangan orang ke blog aku kian semakin kurang, yelah dah bz nak blogwalking, ni lah akibat dia, padan muka!! haha...bz la sangat, tapi tidak mengapa aku akan rajin kembali, bila??? tu tak tahu lagi...haha...

By the way sebenarnya aku telah ditag oleh seorang rakan blogger juga rakan ketika belajar di institusi ipta suatu ketika dahulu. Dia adalah Eja. Dalam tag ini aku diminta untuk menjawab soalan beliau dengan menyusun mengikut citarasa kita haha...

soalan beliau berbunyi~


Ada 5 perkara berlaku serentak.
1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.


Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.

so Eja this is my answer.


aku akan terpekik menjawab salam orang yang ketuk pintu itu dan menyatakan untuk tunggu sekejap dan pergi lakukan perkara-perkara ini dahulu.

1st. Bayi menangis.
 Aku terlebih dahulu akan pergi tengok bayi dahulu, mana tahu dia tercekik ke??, terjatuh ke?? siapa tahu, boleh membawa maut tu, tengok jela paper sekarang ada ja bayi yang mati, even kat rumah!! i love my baby...

2nd. Telefon berbunyi.
Aku akan angkat panggilan telefon selepas itu. Panggilan yang masuk kita tak tahu dari siapa lagi-lagi kalau ia datang dari telefon rumah, even kalau dari handphone pun tetap aku akan angkat dahulu kenapa?? mana tahu ia panggilan emergency or tawaran kerja?? tak angkat memang melepas la, even mahu telefon semula.


3rd. Air melimpah kat bilik air.
Kenapa aku jawab demikian?? kerana on the way nak pergi tutup api dapur tu aku akan melalui bilik air dulu, so aku akan tutup air dululah.


4th. Air mendidih kat dapur.
kedudukan dapur kat rumah aku ni terletak dibahagian belakang sekali. Selepas aku menutup pili air aku akan terus pergi menutup api kat dapur tu.

5th. Ada orang ketuk pintu.
Lastly aku akan tengok siapa yang bertandang kerumah aku itu. Seseorang yang sabar pasti akan tunggu kerana buat apa dia datang jauh-jauh then ketuk pintu, tak ada jawapan sedangkan dia tahu ada orang dirumah (bayi menangis menandakan ada orang dirumah la kan??) dan aku terpekik tadi menjawab salamnya dan terus blah?? sia-sia saja.

sekian~

~10jarijemari menari-nari menjawab soalan Eja~

4 comments:

EJA said...

OK, dah habis fikir dan buat keputusan?

Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?

Baik, mari kita semak jawapan anda bersama2…

apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.

•anda no 3 memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.


• Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ’si dia’ untuk membimbing anda.

• Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

• Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

• Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Haaa macammana dengan keputusan anda? adakah anda berpuas hati dgn jawapan anda (^_^)

10jarijemari said...

haha...puas hati...memang melambang diri yang tak berapa sempurna ini..=)

EJA said...

hehe alhamdulillah la klu ajai puashati..kita semua memerlukan cinta dan kasih sayang :)

Amelia said...

kalau air mndidih tu tumpah tak tkot k..hehe