Assalamualaikum w.b.t
Dah baca fakta yang 1st kat blog aku ni?? kalau belum baca lagi, baca tu dulu before baca yang ni. Adalah salah disisi undang-undang terus skip membaca part 2 dengan mengabaikan part 1, haha...gurau jer...korang boleh baca yang mana dulu pun ok...
Let's check it out!!
1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK...YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..
2. Bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.
3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!! Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.
4. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan
bukannya perasa tambahan pada makanan.
5. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi-penjudi dengan taruhan mereka. Aku rasa kalau ada jam pun mesti leka gak~
6. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh. Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di
mana mangsa berada.
7. Pakar dan doktor gigi mengesyorkan berus gigi hendaklah diletakkan
sekurang-kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas. Bayangkan kuman tandas berada dalam mulut korang?? euuww!
8. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.
10. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.
11. Adalah mustahil jika anda bersin tanpa memejamkan mata.
12. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala. Try tengok~
13. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.
14. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan. Barangkali panas kot, teett!! ^^
15. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.
16. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.
17. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.
18. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.
19. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk
penduduknya.
20. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.
21. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne
segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.
22. Leonardo da Vinci juga mencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu monalisa (10 tahun untuk bahagian bibirnya sahaja)
24. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu
tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat
menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita
sendiri.
25. Tahukah anda senarai ini tiada no 8.
26. Anda pasti menyemak kembali senarai ini sekali lagi untuk mengesahkan tiada no 8. kan ? ^^
~10jarijemari menari-nari berkongsi informasi~
3 comments:
adelahh no8..n09 je takdee..hee~
haha....bagus~ nampak anda semak balik dekat atas..=)
woh ? YKK ? lah tu ke maksudnya ? ada plak zip tu kat kain sekolah , haha
Post a Comment