Drop Here 1st~

Penampar Itu Haram

Assalamualaikum w.b.t

Pernahkah selama korang hidup dimuka bumi ini kena penampar yang amat padu dimuka?? atau pun tidak berapa nak padu?? Kalau tak pernah, untung la korang sebab aku pernah kena sekali dengan abang aku akibat kedegilan yang melampau, sob*sob*...T_T. Tula orang kata sabar tak sabar kan dah kena penampar, huhu...tapi alhamdulillah disebabkan penampar sulung dari abang sulung aku tu dulu aku telah mulai belajar apa itu erti sabar, best kan?? ^^

sekadar hiasan

Tapi!

Tahukah korang semua bahawa menampar pada bahagian muka hukumnya haram??

Ya!! benar, hukum menampar pada bahagian muka adalah haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun, samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain.

Sabda Nabi Muhammad saw :

( إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ ). رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... )

" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya." - Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Sabda nabi pun ada mengatakan bahawa penampar itu adalah haram. Mahu sangkal??

Ini pula Imam Nawawi berkata:

هَذَا تَصْرِيح بِالنَّهْيِ عَنْ ضَرْب الْوَجْه ; لِأَنَّهُ لَطِيف يَجْمَع الْمَحَاسِن , وَأَعْضَاؤُهُ نَفِيسَة لَطِيفَة , وَأَكْثَر الْإِدْرَاك بِهَا ; فَقَدْ يُبْطِلهَا ضَرْب الْوَجْه , وَقَدْ يُنْقِصُهَا , وَقَدْ يُشَوِّه الْوَجْه , وَالشَّيْن فِيهِ فَاحِش ; وَلِأَنَّهُ بَارِز ظَاهِر لَا يُمْكِن سَتْره , وَمَتَى ضَرَبَهُ لَا يَسْلَم مِنْ شَيْن غَالِبًا ". انتهى "شرح النووي على مسلم " (16/165) .

Kenapa menampar/memukul dibahagian muka adalah haram?? ini antara sebabnya...

1. Muka adalah anggota yang lembut dan menghimpunkan segala kebaikan. Cuba bayangkan muka-muka yang cun, ayu lagi comel kena penampar, macam mana?? efek dia mesti padu kan?? silap-silap boleh jadi tak ayu, cun dan terus tidak cumel..huhu...Kesan kecederaan yang terdapat dimuka adalah jelas dan tidak boleh disembunyikan, naya jer~

2.Anggota yang ada padanya amatlah bernilai. Di mukalah terletaknya mata, hidung, dan mulut.

3. Salah satu yang terdapat padanya adalah mata. Fikirkan kalau tamparan wanita itu terkena pancaindera ini, dan mengakibatkan kecederaan lantas berlarutan dan mengakibatkan kecacatan dan buta selamanya, parah bukan?? anda telah menyebabkan nikmat dunia seorang insan berkurangan. Tak pun kena mulut, pecah pula, bernanah, berlarutan mengakibatkan mangsa tidak dapat makan, lantas dia mati kebuluran, innalillah~ bahaya bukan??

Imam Ibnu Hajar Asqalani berkata :
وَيَدْخُلُ فِي النَّهْيِ كُلّ مَنْ ضُرِبَ فِي حَدّ ، أَوْ تَعْزِير ، أَوْ تَأْدِيب ". انتهى من فتح الباري (5/183)

" Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."

Imam Sun'ani berkata ( pengarang kitab subulus salam)

وهذا النهي عام لكل ضرب ولطم من تأديب أو غيره ". انتهى "سبل السلام" (1/236).

" Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samada untuk mendidik atau sebagainya."

Secara kesimpulannya, sekiranya kita hendak memukul seseorang seperti anak, isteri, orang bawahan atau sebagainya, dengan tujuan mengajar, elakkanlah dari memukul bahagian muka pukullah dibahagian lain selain muka, dekat tangan ke, mana-mana lah asalkan bukan dibahagian muka. Kalau nak saja-saja tampar gedik kat muka tu aku tak tahu pula hukumnya haram atau tak, kalau dua-dua tak kisah tak apa kot, haha...

sekian~

~10jarijemari menari-nari berkongsi informasi~




9 comments:

fatynadia said...

oh , baru tahu sekarang thanks untuk info ini

qhais said...

kalau penanmpar di muka dh haram...,apatah lagi penyepak di muka kn...?huhuhu

10jarijemari said...

fatyn~ sama2...kalao nak babap pun jgn kat muka ok..=)

qhais~ benar itu...kekerasan hanya mendatangkan kemudaratan~

Dda Ly said...

subhanallah...saye selalu tampa² manje anak²...rase bersalah sgt sekarang..lpas ni kne beringat lah! thanks ye sharing info..:)

meh ke rumah,
~tutorial 'jom jenguk ads'~
keep in touch ye..♥♥♥

Det-cord said...

Owh! bagusnya info nie! salute sama tuan blog. Batu ler taw penampor itu haram ke muka. Tue belom lempang laju2 dan penyepak ke muka. 27 tawun idup nie baru taw. syabas dan trimass dari bicarahati.com :)

~ch@wi~ said...

owh..bru tau, sori la bro aku pnh tampo ko smpai lekat 5jarijemari aku kat pipi ko...huhuhu..

(anda telah ditag Contest Pembaca @ Pengomen Tegar )

MEOW-MEOW said...

dapat punggut ilmu baru at sini.. ;) kenalah jaga tingkahlaku dari sekarang.. hehe~ takut-takut TERtampar jugak dekat muka bila marah.. (tapi dlm 17taon ni xpenah lagi tampar org..) :'3

akmal said...

sakit tu kena penampar padu, kalau tampar manja2 tak pe rasanya. haha

Ahmad said...

owh ..thanx. tapi memang tak pernah a kena tampar ..muka tak pernah diusik. hehe.

http://www.izzudin.com