Drop Here 1st~

Derma Darah Dan Faedahnya

Assalamualikum w.b.t


Pada tanggal 31hb Ogos, termaktublah sudah dalam buku derma darah aku yang aku telah menderma darah sebanyak 5 kali...muahaha~ bangga seyh! bukan apa, rasa macam best plak bile dapat derma darah ni, yela aku ni kadang-kadang boleh jadi seorang yang sangat kedekut bila datangnya soal duit...it's all about the money...masak la sape yang kapel dengan aku...^^


Actually aku bukan la nak becerita sangat pasal apa yang aku buat masa derma darah, jumpe nurse cantik ke or apa, tapi apa yang aku nak bercerita atau berkongsikan bersama adalah kebaikan dan faedah menderma darah ni.
sumber google


Korang tahu tak yang derma darah ni hukumnya harus?? haa! mesti tak tau kan, meh sini aku bagitau korang, hukum menderma darah ni adalah harus. Kita bukan sahaja dapat menyelamatkan 3 nyawa dengan pendermaan keseluruhan darah (whole blood), watdehek!! 3 life?? malahan dapat memupuk semangat tolong menolong sesama umat dan sesama manusia, best kan?? 

Selain daripada tu ada beberapa manfaat lain yang kita dapat dari derma darah ni yang telah disahkan oleh pakar perubatan, antaranya seperti berikut:

i. Menawarkan pemeriksaan kesihatan secara tetap dan teratur.

ii. Memberikan maklumat mengenai pendidikan kesihatan dan menggalakkan seseorang untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat.

iii. Hasil daripada proses menderma darah dapat membantu merangsang penghasilan sel darah merah yang baru dan seterusnya menyegarkan kembali sistem tubuh. Ini kerana selepas menderma darah, kiraan sel darah dalam badan akan berkurangan, yang mana akan merangsang sistem tubuh untuk menghasilkan darah merah yang baru bagi menggantikan darah yang telah hilang.

iv. Menderma darah dapat mencegah dan mengurangkan pengumpulan zat besi yang berlebihan dalam tubuh, terutama di kalangan mereka yang mudah mengalami keadaan ini.

v. Kajian mendapati menderma darah dapat mengurangkan zat besi yang berlebihan dalam tubuh, seterusnya mengurangkan risiko menghadapi serangan jantung sebanyak satu pertiga!!. Ini adalah benar pada golongan lelaki yang tidak merokok yang kerap atau berulang-kali menderma darah. Yess!! i'm not smoker!! ^^


Di samping manfaat dari segi kesihatan bagi penderma darah, jom kita perhatikan ganjaran dan balasan duniawi dan ukhrawi yang lain yang bakal diraih daripada perbuatan menderma darah berdasarkan hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Dalil mengenai ganjaran atau balasan daripada menderma darah ini
diambil secara umum daripada sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang dikhabarkan daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma: 

“Seorang muslim itu adalah saudara seorang muslim yang lain. Dia tidak boleh berbuat aniaya dan menyakiti saudaranya tersebut. Barangsiapa yang menanggung (menolong) hajat saudaranya, maka Allah pun akan menanggung (menolong) hajatnya. Barangsiapa yang melepaskan salah satu kesusahan seorang muslim, maka Allah akan melepaskan salah satu kesusahannya di antara kesusahan-kesusahan hari Kiamat. Dan barangsiapa yang menutupi (aib) seorang muslim, maka pada hari Kiamat kelak Allah akan menutupi (aib) nya.”

(Hadits riwayat al-Bukhari)

Menderma darah kepada orang Islam termasuk dalam maksud melepaskan kesusahan orang Islam yang berhajat kepada penambahan darah. Oleh itu orang yang menderma darah itu mendapat jaminan daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan berbagai jaminan, antaranya seperti yang disebutkan dalam hadits di atas, ditunaikan hajatnya, dilegakan kesedihannya, ditutup keaiban, kelemahan dan kecacatannya sama ada semasa di dunia atau di akhirat kelak.

Sebagai kesimpulan, hukum menderma dan menerima darah itu adalah harus selama mana tidak mendatangkan mudarat kepada kedua-dua pihak, sama ada yang menderma atau yang menerima, dengan mengambil kira nasihat daripada pakar perubatan bahawa hanya dengan pemindahan darah sahajalah jalan atau cara untuk menyembuhkan atau menyelamatkan nyawa pesakit.

Ganjaran dan balasan yang dijanjikan di dunia dan di akhirat, seperti yang disebutkan dalam hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, sewajarnya membuka hati mana-mana individu agar giat menyumbang atau menderma darah bagi kepentingan individu yang lain.

Faedah derma darah daripada pandangan aku pulak :

i. Dapat tahu korang ni darah jenis apa A,B, AB or O

ii. Dapat berjumpa dengan nurse dan doktor yang cun melencun!!  yang ni paling best!

iii. Sebelum or selepas menderma darah korang dapat makan free!! yeah!

iv. Berkenalan dengan awek sebelah dengan buat - buat tanya beliau berdarah apa, mana tau darah beliau same ke, leh mintak no fon in case darah korang kurang tau la sape korang nak cari sape..haha...damn!

v. Dapat tengok muka member - member yang takut derma darah buat - buat berani derma darah..hahaha...with my own eyes, memang sadis dude!!

vi.Untung - untung, bukan saja dapat tandatangan dekat buku derma darah tu, tapi dapat sijil sekali!! tak percaya?? aku dah pernah dapat kot.

so~ pada mereka - mereka yang masih takut jarum tu, berani - berani kan lah diri pergi menderma darah, tak rugi pun and tak luak pun darah korang tu, plus korang dapat manfaat yang tersangat best!! ^^ tengok jela manfaat yang aku dapat..hahaha...

~10jarijemari~


2 comments:

anyss said...

nak derma.. tapi kurang berat bdn :'(

fahmie firas said...

Best Entry Ni
Salam kenal,
nice blog,
done following you,
Kalau free jemput singgah ke blog saya,
Bagi komen and nasihat ok.

http://fahmiefiras.blogspot.com/