widget

Drop Here 1st~

Posisi Solat Dan Faedahnya


 Assalamualaikum w.b.t


Solat boleh dilakukan oleh semua orang. Amalan bersolat boleh memberikan kita manfaat senaman minda dan senaman jasmani selain daripada memberikan kita jiwa yang tenang. Pergerakan solat yang di lakukan berulangkali setiap hari mampu memberikan kesihatan kepada tubuh dan menghindar segala penyakit jasmani seperti lemah jantung,darah tinggi,sakit sendi,sakit tulang,sakit mata dan berbagai lagi penyakit fizikal yang lain.



Berikut adalah di antara manfaat bersolat mengikut pergerakan solat tersebut.

Posisi pertama

Berdiri lurus dan kedua dua tangan di angkat ke atas.


Faedah

Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan fokus. Pandangan mata ke tempat sujud.Otot ­otot atas dan bawah bahagian belakang terasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.



Posisi kedua

Berdiri betul serta membaca al-fatihah dan surah

Faedah

Menimbulkan konsentrasi minda. Merehatkan kaki serta bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir semua bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari sebutan 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang, a, i, u, merangsangkan hati, kelenjar gondok (thyroid), kelenjar ‘pineal’, ‘pitunitary’, kelenjar adrenal, dan paru-paru, membersih dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota tubuh tersebut.


Posisi ketiga

Rukuk

Faedah

Merenggangkan otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang. Lama -kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan lagi peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.


Posisi keempat 

Iktidal - Berdiri lurus selepas rukuk

Faedah

Darah yang baru bergerak masuk ke dalam semasa gaya rukuk kembah ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa sisa tubuh. Badan mendapat balik kerehatan dan melepaskan ketegangan.


Posisi kelima

Sujud

Faedah

Lutut berbentuk sudut tepat. Membangunkan otot perut dan mengelakkan perut jadi buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya bahagian kepala (termasuk mata, telinga dan hidung) dan paru-paru. ‘Mental toxin’ minda dibersihkan oleh darah. Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita yang hamil.Memperbetulkan kedudukan alat peranakan wanita.Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan  sendi-sendi. Menghapuskan egoisme dan keangkuhan. Meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam ruh dan menimbul­kan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan. Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.


Posisi keenam

Duduk di antara dua sujud

Faedah

Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki dan sebahagian badan terletak diatasnya. Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita  membiarkan kedua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberi­kan kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.


Posisi ketujuh

Sujud kedua

Faedah

Membersihkan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf. Memberi keringanan pada badan dan kebahagiaan emosi. Pengoksidanan seluruh badan lebih sempurna. Sistem urat saraf jadi lebih seimbang.


Posisi kelapan

Bangun semula dari sujud.

Faedah

Darah kembali peredarannya ke tubuh atas. Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh badan memberi­kan kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.


Pendapat doktor perubatan

Doktor perubatan telah menerangkan manfaat posisi bersolat sebagai berikut :

1. Sujud fizikal menambah kekuatan aliran darah ke otak dan menggelakkan penyakit pening kepala, migraine dan menajamkan akal. Juga melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

2. Memudahkan wanita di dalam proses bersalin kelak.

3. Merangsang payudara untuk menghasilkan susu untuk bayi.

4. Mengurangkan kegemukan (obesity)..

5. Melegakan paru paru dan ketegangan saraf.

6. Menggelakkan pendarahan otak.

7. Melegakan sakit hernia.

8. Membetulkan kedudukan buah pinggang.

9. Melegakan sakit senggugut wanita dan berbagai lagi manfaat kesihatan lain.

Firman Allah SWT:

"Apakah sebab kami masuk neraka? Jawab mereka: kami tidak mengerjakan solat." 

(Surah Al Muddathir: 42-43)

Rasulullah bersabda:

"Janji antara kami dengan mereka (orang kafir) ialah solat barang siapa yang meninggalkan solat maka ia benar telah kafir." 


(HR:AbU Daud , At Tirmizi dan Nasai)

Rasulullah bersabda

 "Amalan seseorang hamba yang pertama akan dihisab kelak ialah solat, maka jika solatnya rosak maka amal lainnya akan rosak." 


(HR:TABRANI)


~10jarijemari berkongsi ilmu duniawi dan ukhrawi~

No comments: