JEJARI
cube korang tengok dengan teliti ape yang ade kat jari-jari korang...kuku panjang?? ketuat?? bulu-bulu yang panjang?? haha...bukan itu semua...bentuk jari korang, perkara ini mungkin dah banyak kali korang dengar mahupun bace..tapi aku kat sini nak cerita lagi...yelah name blog pun ader kaitang dengan jari kan?? hehe...
"Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh di andaikan di sebalik jari korang yang lima .
Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.
Kemudian lekapkan jari itu kat atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan ape saje akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Ape saje yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kate pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada mase hadapan.
Naikkan kepade jari kedue, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.
Awas!! Di usia ini sentiase dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.
Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil.
Bersediakah korang??
Nah...naik kepade jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namenya. Zaman remaje ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.
Kite beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusie yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
Akhir sekali, korang renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ade, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.
Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima-limanya itu.
Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah anda sekarang???"
beringatlah...usia kita tidaklah sepanjang usia kaum terdahulu...
2 comments:
salam redha..salam ziarah bagus atas info tu..mgg berguna sgt2 dan paling tertarik kt ayat last sekali org jawa ckp jempol..hehe teruskan berkarya ye..uhibbuka fillah (^_^)
assalam..thanx eja...ni pun baru permulaan...hope the best from korang..^^
Post a Comment