widget

Drop Here 1st~

Nafsu Dan Sayur

Jangan fikir lain yer rakan-rakan, hehe...aku kat sini nak kongsi sikit tips...hehe...tips ape??
tips mengenai kaitan antara sayur dan nafsu. Tapi mostly tips ni kepada guys la...tp bole juga gurls2 luar sane amik tau...berguna kelak,ahaks..Moh le kite bace...^^

BAWANG PUTIH

Bawang putih ni mampu mencegah darah tinggi dan melancarkan darah ke organ seksual. kalo korang rase ade darah tinggi ni amalkan la makan bawang putih ni banyak-banyak, lagi bagus kalo korang wat bawang ni macam ulam. Nyum2! (kalo tahan la makan macam tu...aku pon xsanggup, huhu~)

TEMBIKAI DAN TOMATO

Kedua-dua buah ini bukan hanya mampu menghilangkan racun di dalam tubuh jika dimakan secara teratur tetapi juga mampu meninggkatkan kualiti sperma dan melancarkan perjalanannya,wow!! alert this guys!! Tembikai kaya dengan vitamin A dan C, asid folik, magnesium, zink dan pelbagai jenis galian yang lain adalah bermutu tinggi dalam perubatan. Tembikai dikenali sebagai Citrullus vulgaris amat mujarab untuk menyembuhkan pelbagai jenis penyakit antaranya sakit kepala, penyakit paru-paru dan masalah kulit. Jus tembikai juga memberi tenaga dan kekuatan dikalangan orang-orang tua serta memulihkan sistem tubuh yang lemah bagi mereka yang baru sahaja sembuh daripada penyakit atau menjalani pembedahan. Penyakit artritis, gout serta keracunan uremik berlaku akibat kehadiran asid urik yang berlebihan.
kalo lepak-lepak minum tu...rajin-rajinla order jus tembikai yer....baru la berkualiti pelepakan korang tu,heee~

VANILLA

Aromanya saje dah mampu membuat korang berasa segar. Jika dimakan pula ia mampu membuat korang relaks. Aroma vanilla akan menambahkan keghairahan pasangan masing-masing ouch!! Jadi jangan lupa campurkan vanila dalam tab mandi dan rasai khasiatnya...^^
wajib cuba~




DAUN SUP

Selain dari menyedapkan kuah ia mempunyai kelebihan lain iaitu apabila lelaki berpeluh ia akan membuat wanita yang berada dalam lingkungannya terangsang!
ouch!! so guys...eat more this daun sup..hehe..jangan makan jer, exercise sekali, biar peluh tu kuar mencurah-curah ke ladang gandum...^^

3 comments:

Anonymous said...

bawang putih penyebab bau badan tabest!
tembikai pula tergolong dalam makanan sejuk. saya tak tahan makan tembikai nanti ketaq satu badan sebab sejuk. hehehe

patut la orang yang merajuk suka makan vanilla eh. boleh merelakskan seseorang rupanya. tapi saya kurang gemar

daun sup tu memang favourite all time lah!

kai azmier said...

pisang tak dew kew?

10jarijemari said...

cik fatin : kalo nak di fikirkan bau, memang susah la nak berubat,tp yang penting vanila..ouch~

kai azmier: pisang yer?? kalo luar dari topik,pisang byk manfaat contohnya sumber kekuatan, manfaat bagi ibu mengandung,penghidap anemia, penyakit usus dan perut dan banyak lagi..boleh lawat blog ini http://www.google.com.my/search?sourceid=chrome&ie=UTF-8&q=manfaat+pisang
^^