widget

Drop Here 1st~

Arrrrgghhhh!! Tensionya aku~

AMALAN ELAKKAN TEKANAN

google punya

Dalam kehidupan kita ini kita tidak sememangnya dapat mengelakkan diri daripada berdepan masalah peribadi dan rumah tangga.

            Bagaimanapun dalam usaha mencari kegembiraan dalam kehidupan kita hendaklah melakukan sesuatu untuk mengelakkan tekanan terus menghimpit perasaan.

            Ada banyak perkara boleh dipelajari dan dilakukan untuk mengelakkan tekan. Sekiranya korang ingin mempraktikkan sebarang masalah ia hendaklah bersesuaian citarasa dan naluri masing – masing supaya tidak berlaku sebaliknya.

            Kita tidak perlu memaksa diri untuk terus menggunakan teknik berkenaan tetapi jika ia suatu yang positif bolehlah dilaksanakan secara perlahan – lahan.

            Usaha untuk mengatasinya adalah langkah terbaik bagi mengelakkan diri daripada melakukan perkara di luar batasan.

            Ini ada beberapa panduan yang boleh korang amalkan bagi mencari kegembiraan dalam kehidupan.

        -    BERJUMPA DENGAN-NYA

google punya
             Berjumpalah dengan-Nya, dengan ini hati kita lebih berasa tenang.
             Ambillah masa yang lebih selepas solat dengan bermunajat 
             kepadanya, insyallah Dia Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. 
             Tapi bukan bila menghadapi tekanan dan masalah baru kita 
             mengingatinya. Tiap masa perlu kita mengingati-Nya ^^

-          TUMPUKAN PERHATIAN DENGAN MEMBACA.
Peruntukkan masa lapang dengan membaca perkara diminati dengan ini  korang akan dapat mempertingkatkan pengetahuan dalam bidang berkenaan. Aktiviti membaca mampu memberikan maklumat kepada seseorang terutama kepada yang mencari jalan penyelesaian.

-          JAUHKAN DIRI DARIPADA ORANG YANG BOLEH MENYEBABKAN MASALAH KEPADA DIRI KORANG.
Individu sedemikian sering melukakan hati korang apabila bercakap dan boleh memberikan kesan negative terhadap diri kita.

-          JANGAN SUKA MENYEBARKAN FITNAH ATAU GOSIP TERHADAP ORANG LAIN KERANA IA BOLEH MENYEBABKAN KITA TIDAK SELESA DAN GEMBIRA.
Seperti orang lain kita juga tentu tidak mahu orang lain mengumpat atau mengata sesuatu yang buruk mengenai kita. Oleh itu, jauhkan aktiviti sedemikian apabila bertemu dengan teman.

-          MEMBERI BANTUAN KEPADA MEREKA YANG MEMERLUKAN.
Jika korang mempunyai sikap seperti ini perasaan puas akan timbul apabila berjaya membantu seseorang dalam kesusahan. Tidak dinafikan suatu hari nanti mereka yang dibantu akan membalasnya balik.

-          MEMBABITKAN DIRI DALAM AKTIVITI SUKAN.
google punya
Ativiti sukan seperti badminton, bersenam dan berjoging berbloging pun boleh..hehe...mampu memberi ketenangan dan kegembiraan. Aktiviti ini bukan sahaja memberi kegembiraan tetapi menambahkan ramai kenalan untuk berkongsi aktiviti sama. Ini mencetuskan suasana lebih baik dalam hubungan kekeluargaan dan persahabatan.


-          MEMPUNYAI KELUARGA YANG HARMONI
Suami yang memahami dan anak – anak yang menghormati ibu bapa mampu membentuk kebahagiaan dan kerukunan sesebuah keluarga. Usaha ini perlu dimulakan dirumah dengan memberikan pendidikan kepada anak – anak. Selain itu berkongsilah pandangan dengan suami jika berdepan masalah atau salah faham berhubung sesuatu perkara.

-          BERTEMU DENGAN RAKAN LAMA, MAKAN BERSAMA DAN SALING MENGIMBAS KISAH SILAM YANG MEMBAHAGIAKAN
Pertemuan seperti ini pasti memberikan korang peluang untuk bercerita kisah sepanjang mengenali rakan selain merapatkan lagi hubungan social.

-          BERSIFAT PEMAAF DAN MUDAH MELUPAKAN KESALAHAN ORANG LAIN TERHADAP ANDA.
Elakkan menyakiti orang lain atau membalas dendam. Sifat pemaaf ini membuatkan hati korang sentiasa tenang.
Belajar sesuatu yang baru dan memahirkan diri dalam bidang berkenaan seperti menjahit.
Menimba pengalaman untuk melakukan sesuatu yang baru pasti membuatkan korang berusaha mempelajarinya dan ini membolehkan diri melupakan masalah yang dihadapi.

-          MEMBUAT ORANG LAIN GEMBIRA DENGAN MENGGEMBIRAKAN ORANG LAIN.
Jika korang sentiasa bersedih ia boleh menyebabkan kemurungan. Langkah terbaik ialah berusaha untuk menggembirakan diri sendiri dengan berkongsinya bersama teman.

-          JADIKAN DIRI ANDA SEORANG PENDENGAR YANG BAIK.
Apabila kita mendengar masalah orang, ia boleh dijadikan iktibar kepada diri sendiri. Ingatlah walaupun kita dengan kesusahan masih ramai lagi yang bersedia membantu.
Melakukan hobi seperti mendengar muzik, berkebun, berblogjog ^^ dan melancong.
Melakukan hobi seperti ini secara tidak langsung dapat membuatkan anda melupakan tekanan yang dihadapi.



1 comment:

kai azmier said...

nice bro! entry yg berguna tyme2 tgh tension ne.. =)