Drop Here 1st~

Shisha LEbih Baik Dari Rokok???

Assalamualaikum w.b.t


Hari ini aku hendak berkongsi dengan korang pasal shisa. Actually benda ni dah lama dah diceritakan, cuma aku ni yang baru nak berjinak-jinak dengan shisha, makin ligat pulak tu, terfikir bagus ke shisha ni?? better dari rokok ke?? saya bukan penghisap rokok, pemberitahuan~ tett!. Dengan semangat yang berkobar-kobar, aku pun carilah maklumat di google dan ini hasilnya



Apa Itu Shisha?

Shisha atau disebut juga hookah merupakan alat penghisap tembakau yang berasal dari India. Penggunaan alat ini popular di Timur Tengah, dan menyebar ke seluruh dunia.

Bentuk alat ini mirip lampu minyak, dengan tabung utama yang terhubung ke sejumlah paip penghisap. Papan pemanas berisi bara api terdapat di bagian paling atas, berfungsi untuk membakar tembakau.

Tabung utama biasanya terbuat dari kaca, dan berisi air sebagai filter. Kerana filternya berupa air, maka muncullah anggapan bahawa shihsa lebih ok dibandingkan rokok filter, really??

Dikutip dari Live Science, Isnin (31/5/2010), sebuah kajian berhasil menyangkal anggapan tersebut. Penelitian yang dilakukan tahun 2009 itu dimuat dalam American Journal of Preventive Medicine.

Menurut penelitian tersebut, shisha menghasilkan asap lebih banyak dibandingkan rokok. Akibatnya, karbon monoksida (CO) yang terhirup lebih banyak dan boleh menyebabkan sesak nafas.

Kadar nikotin pada shisha juga sama walaupun difilter dengan air. Secara umum risiko kesihatan yang dihadapi saat menghisap shisha sama besarnya dengan rokok biasa, termasuk kanser paru-paru serta gangguan kehamilan. OMG!!




Oleh kerana itu, fikirkan sekali lagi jika masih menganggap shisha lebih baik dibandingkan rokok. Berikut ini adalah 4 mitos paling popular di kalangan pengguna shisha, dikutip dari Live Science, Isnin (31/5/2010).

Mitos: Shisha menghasilkan nikotin lebih sedikit dibandingkan rokok biasa.
Fakta: Penelitian di atas membuktikan, shisha maupun rokok biasa menghasilkan nikotin dalam kadar yang kurang lebih sama. Kalaupun ada perbezaan, itu tergantung pada tembakaunya dan biasanya shisha menggunakan tembakau terbaik dengan kadar nikotin lebih tinggi.

Mitos: Asap yang lebih tipis menunjukkan kadar racun pada shisha lebih kecil.
Fakta: Asap yang nipis pada shisha disebabkan oleh kelembaban yang tinggi, kerana adanya air. Kadar racun tidak terpengaruh oleh ketebalan asap.

Mitos: Air di dasar shisha berfungsi sebagai filter racun.
Fakta: Dalam jumlah sangat kecil, memang ada racun yang terjebak dalam air. Tetapi jumlahnya tidak masuk akal untuk mendatangkan risiko kesihatan yang selalu muncul.

Mitos: Tembakau dengan rasa buah-buahan yang sering digunakan dengan shisha memberi manfaat bagi kesihatan.
Fakta: Fungsi bahan perasa yang digunakan hanya untuk aroma, sedikitpun tidak memberi manfaat bagi kesehatan.

tembakau shisha
so pandangan korang macam mana?? still mahu hisap shisha??
Hmm...agak sama la juga nasib aku dengan para penghisap rokok tegar yang lain nampaknya
-_-


Detik.com

4 comments:

tukang cerita said...

shisha tuh..ibarat rokok size besar giler..mak rokok..
kalo da mak rokok mestilah ag bhya dr baby rokok..huahahah

fatynadia said...

amboi... makin ligat ya sekarang.. Oleh kerana itu, fikirkan sekali lagi jika masih menganggap shisha lebih baik dibandingkan rokok.

ain dzaya said...

Yg strawbery tu bez en..nak satuu???
^.=''

http://aindzaya.blogspot.com/2010/12/supriseeeheppy-becoming-befday.html

Pqa Mn :) said...

haih.. xpyh la nk shisha.. smoke.. lg arh.. jauh2 kn la.. mbazir duet jer !
:) peace