Drop Here 1st~

Tahniah Harimau Malaya!!

Assalamualaikum w.b.t




Jalan untuk ke Stadium Bukit Jalil memang dah sibuk sejak pukul 4 petang lagi. Semangat aku untuk pergi menonton perlawanan akhir Malaysia menentang Indonesia semakin membara...ceewwaah! Go Malaysia Go!


Di perkarangan stadium memang happening, ade konsert lagi, tapi bukan konsert untuk perlawanan itu, konsert ape ntah, pedulikan...yang penting bola...haha~


Aku tengok gelagat orang sekeliling tu memang riuh, dengan jualan baju-baju jersi, bandana yang tertulis Malaysia, vuvuzuela yang memekakkan suasana, makanan dan banyak lagi. Siapa yang meniaga time tu, confirm laku, yela yang datang bertandang kesitu lebih 85000 orang kot, yang datang kat sana bukan saja melayu, cina or india malah mat-mat and minah-minah saleh pun datang menyaksikan, yang best nyer diorang sokong Malaysia, terharu aku..^^


keputusan 3-0 pada perlawanan malam tadi memang berbaloi bagi pasukan dan penyokong Malaysia. Aku yang berasak-asak ke sana untuk menonton perlawanan mega ini berpuas hati dengan 2 jaringan gol yang disumbang kan oleh Safee Sali, 26 pada minit 62 dan 72 dan satu lagi oleh Mohamad Ashari Samsudin


Sebelum bermula perlawanan itu lagi aku telah melihat semangat penyokong Malaysia yang tidak putus-putus bersorak memberi semangat kepada pemain Malaysia. Pak cik anak dua sebelah aku ni pun siap melompat-lompat atas kerusi sejurus gol pertama membolosi gawang Indonesia..cayalah pakcik!! lompat tu lompat juga, jangan sampai patah sudah..^^


semangat penyokong Malaysia
Perkara yang paling aku tidak gemar apabila botol-botol mula dibalingkan ke dalam padang oleh kedua- dua penyokong. Sampaikan hampir berlaku pergaduhan lagi, yela nak baling ke dalam stadium terkena kepala orang, siapa tak marah oi! nasib baik la kejadian tersebut masih terkawal.
Aku tengok ade yang main mercun dalam stadium tu padahal masa kat entrance tu dah dibuat pemeriksaan dah, tapi masih lagi ada yang terlepas. 
Actually bagi aku nak main tu ok lagi, tapi biarlah pandai, ini tidak, main mercun sampai ada terkena pemain Malaysia lagi, kalau terkena pemain Indonesia tak apa lagi, teett!! haha..^^, yang main laser hijau tu, kalau nak main tu main la kat tempat lain, ni suluh pemain buat apa, kan hampir ditunda perlawanan tu, rugi tiket aku..huhu~


tiket RM30
Anyway, permainan dan keputusan malam tadi aku berpuas hati. Tiket RM30 tidak sia-sia, 1gol=RM10, boleh??




















Kepada pasukan Malaysia, pertemuan korang hari Rabu ini, buatlah terbaik, jangan sia-siakan kemenangan yang hampir kita kecapi..
Go Malaysia Go!!!


^^







No comments: