widget

Drop Here 1st~

Binatang! Celaka Kamu!

Assalamualaikum w.b.t






Bangun pagi jer terus aku buka facebook, dan macam biasa la ada banyak notification, reply la semua yang berkaitan, tapi yang bestnya aku dapat mesej dari seorang rakan, tengok nama tak lah kenal tapi tengok mesej dia sampaikan amatlah berguna, so...secara tak langsung aku ingin berkongsi dengan korang supaya ia akan membuka mata dan minda kita seterusnya mengubah sikit cara hidup kita, tak banyak..., sikit jer..., mudah-mudahan...


Ini mesej dia...







Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

السلاما=keamanan.....


baik gunakan...ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH..


Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”


Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;


“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;


“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ZIZAH ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ZIZAH yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”


Gunakan perkataan“AS Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”



credit : Farez Hideaki


~10jarijemari menari-nari berkongsi informasi~

4 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum...

saya suka dengan entri ini sebab seringkali terjumpa perkataan Assalammualaikum itu dimodenkan like Salammualaikum ja?

Yuni Aisyah said...

nice entry...kne sebarkan perkara ni biar xde umat islam yg tersalah lg..

Norasiah Nasir said...

As Salam.. msy yg Amat2 berguna..terima kasih..lepas x guna dh bye atau apa yg di terangkan yg bmaksud buruk itu,.baik guna bahasa melayu je kan..

m i a said...

menarikk..hehe..sy pon ada buat entry ni..ehhee..tq ek sharing again..