widget

Drop Here 1st~

Cinta Jauh Dari Diri Ini

Assalamualikum w.b.t


Bercinta jarak jauh bukan satu perkare yang mudah ditangani kerana
apabila orang yang begitu disayangi berada jauh dari sisi, hati merindu
dendam dan kepercayaan terhadap pasangan harus menebal agar tidak
dimamah cemburu ketika menunggu waktu untuk bersama kembali.


Disini aku sediakan tips yang bagi korang yang mengalami situasi sebegini, aku tahu memang perit bila berjauhan, huhu...aku pun..teett! hahaha..perasaan je ni. Moga dengan info dan story ini berguna kat korang. ^^





1. Jelas dengan Harapan dan Batasan


Sebelum bermula untuk meneroka dunia cinta jarak jauh, pasangan harus
mempunyai harapan dan batasan. 
Pada Julai 2007, Zaki terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur kerana mendapat tawaran sebagai pengurus di sebuah syarikat swasta dengan gaji RM72 ribu setahun. Teman wanitanya, Khatijah tidak boleh turut serta kerana mempunyai komitmen kerja diJohor Bahru dan mereka belum merancang untuk mendirikan rumahtanggadalam tempoh yang terdekat. Untuk memulakan perhubungan cinta jarakjauh mereka, Zaki dan Khatijah membuat perjanjian untuk telefon at least sekali sehari tidak kira bagaimana sibuk pun mereka. Mereka berjanji tidak akan meluahkan masalah dengan teman lain yang berlainan jantina kerana apabila berjauhan, hati vulnerable dengan perhatian yang diberi orang lain. Jika mereka punya cuti, masing-masing akan cuba untuk berjumpa


Jadi dengan mengenalpasti harapan dan batasan, pasangan akan lebih memahami apa yang perlu dan apa yang jangan dilakukan ketika berjauhan.


2. Menghargai Kebebasan


Jangan sentiasa murung dan berteman airmata ketika berjauhan akibat dibuai rindu yang amat sangat. Dia berada jauh dari sisi, tentu sekali
perasaan rindu begitu kuat sekali tetapi jika rindu itu perlu diratap
sehingga membawa mati atau sekurang-kurang membutakan mata anda
sendiri, bukankah tidak wajar begitu? Ketika berjauhan daripada
pasangan anda, hargai kebebasan yang dikecapi dengan melakukan
aktiviti-aktiviti yang membuat anda ceria seperti menonton wayang
dengan teman-teman, membaca buku kegemaran ketika sunyi atau menonton
bola hingga lewat pagi. 


Johan yang berjauhan dengan teman wanitanya, dia sering menghabiskan masa dengan X-box kerana dia tahu ketika dia bersama dengan Hanim, X-box perlu disimpan dahulu.


Menghargai kebebasan ketika berjauhan akan membentuk diri anda untuk menjadi seorang individu yang matang dan dalam pada masa yang sama membina komitmen anda terhadap perhubungan.


3. Luahkan Perasaanmu


Kalau dekat-dekat terasa malu untuk meluahkan apa yang terpendam, inilah masanya untuk intim dengan pasanganmu. Walaupun berada jauh antara satu sama lain, kata-kata indah yang diluahkan boleh menjadi
penawar rindu anda kepada si dia. Sesekali guna balik pos biasa dengan
menghantar surat cara lama kepada pasangan anda berbanding dengan emel.
Nyatakan bagaimana perasaan anda terhadap pasangan anda di dalam surat
itu. 
“Ingat lagi masa kita baru jumpa dulu? Abang tak berani pandang muka Ina. Tapi Ina suka tengok Abang malu-malu.” 
Luahkan apa yang terpendam dan kongsikan perasaanmu bersama si dia kerana kata-kata mampu memanah jiwa, memupuk asmara.


4. Pancawarnakan Kehidupanmu


Untuk suami isteri yang berjauhan, jangan malu bercerita tentang seks atau berkongsi fantasi ketika berjauhan. 


“Kalau abang ada di rumah sekarang, sayang nak buat apa pada abang?” 


Dengan berkongsi fantasi dan keinginan, pasangan suami isteri akan dihujani chemistry yang mengujakan! Untuk mereka yang masih bujang, hantar kad yang menarik atau kadang-kadang mungkin boleh kejutkan dia dengan kiriman bunga atau hadiah. 


Ketika pulang dari kerja, Zeti menjerit suka apabila terlihat  sebuah bungkusan diterima daripada buah hatinya di Sarawak yang mengandungi sepasang baju dengan nota, “Aku merinduimu”.


5. Percayalah….


Percaya perlu menebal dalam diri. Tak guna bertunjangkan cemburu dalam melayari perhubungan jarak jauh. Perasaan prasangka dan tak percaya hanya akan merosakkan perhubungan. Apabila menelefon Din, 


Farah selalu merengek kenapa mereka terpaksa berpisah dan betapa sukarnya perhubungan jarak jauh. 


Daripada merungut tentang kesukaran apabila berjauhan, mulakan perbualan dengan bertanya khabar tentang dia dan apa aktiviti yang dia lakukan. Sentiasa ceria dan maintain positivity agar anda tidak bosan walaupun berjauhan.


Secara ringkasnya,
bukan jarak yang menjadi sebab terputusnya hubungan, tetapi kurang
memahami pasangan dan kurang komitmen dalam perhubungan sering menjadi
faktor penyebab. Tidak ada apa yang perlu digusarkan apabila berjauhan
jika masing-masing komited dengan pasangan masing-masing dan berusaha
untuk memastikan perhubungan yang sihat dan berkekalan.


credit to : Mr.Luv


15 comments:

qhaizaa said...

huhuhhuhu...aku sendiri pon sama lam situasi ni...awek kat johor..,aku kat penang..kutub utara kutub selatan...huhuhhuhu

10jarijemari said...

bawak byk bersabar ye qhais...orang yang sabar orang yang hebat...Allah menjanjikan yang terbaik untuk mereka yang bersabar...^^

Anonymous said...

jauh tu ada bagus juga. baru lah kesetiaan itu teruji.

maksiat pun kurang

qhaizaa said...

mmg byk dugaan diaa..huhuhuhu...mmg kna byk bersabar laa..huhuhuhu.....pas ni aku naik kapal..berlayar....lagu la kuat dugaan nyaa...huhuhuhu...

10jarijemari said...

cik fatin~ saya sangat bersetuju dengan awak..=)

qhais~sabar yer...skrng dah maju, 3g la atas kapal, xpun skype...kan??

qhaizaa said...

klu skype kna tungu bila masuk port ler..huhuhuhu...nk col pon kna masuk port..bru da line talipon..huhuhhu....25km dr darat dh xde line dh..huhhuhuu....time practical dulu setaun blayar...so dh merasa la jarak yg tol2 jauh..huhuhuhu..kadang 2 mingu skali bru dpt kol...huhuhuhu....nk col slalu budget xde...kt luar negara kan...huhuhuhu..sms pon rm2 1 msg...alhamdulillah la dapat awek yg memahami...:)

10jarijemari said...

pergh~ kalo aku dah sakit dah..huhuh...tp alhmdulillah la..even jauh n lama pon..ko stil dapat yang memahami...tuhan memberi yang terbaik untuk ko bro...jgn sia2 kan dah la..hee~

qhaizaa said...

sakit juga laaa.....aku kira2 duit utk call jer kat rm3000 gak ar dlm setaun tu...huhuhuhu....ye laa....xkan nk col awek jer kan..?nak ayah lagi..huhuhuhu...nenek lagii....aku ni cucu kesayangan nenek aku..huhuhuhu...mmg byk la dugaan nye..mcm2...huhuhuhu..klu citer 3 hari 4 mlm pon xhabis..huhuhuh...tungu la..,nnt aku wat entry sal life aku sebulum ni..huhuhuhuhu....doakn jodoh kami k..huhuhuhuhu

none said...

tak nak.. tak nak.. tak nakkkkkk =(

10jarijemari said...

qhais~ 3000?? nyk tu bro..huhu...xpe2 pengorbanan bro pasti ada y hargainya...ko wat la cite sal ko..aku mau baca..selitkan pic..baru menarik..=)


cik darling~ xmau?? xmau la nanti mau..hee~

qhaizaa said...

aah..mahal la call dr luar negara....setiap negara charge dia lain2....huhuhhu...3000 la paling jimat aku bole wat....dalam sebulan mesti rm200 utk call..huhuhuhu....pic byk aderr..huhuhu..nnt la aku wat....dh wat nnt aku inform..huhuhuhu

10jarijemari said...

ok2..inform aku...mesti menarik~ ^^

hazanis said...

emmmm aku akan melalui nye...mesti perit..:(

10jarijemari said...

hazanis~ really?? jauh mane berpisah nt??

Cik waniey said...

entry niyh best glew..
ak alami bnde yg sme..
kepercayaan antara satu sme len tue pnting..bawu lah leyh kekal..btol ta???
heee :)