widget

Drop Here 1st~

Makanan Kegemaran Anda??

Assalamualaikum w.b.t

Apa habaq rakan-rakan blogger sekalian?? ada sihat?? moga-moga kalian sihat sejahtera...dah makan?? belum?? dah?? kalau dah alhamdulillah, kalau belum cepat-cepat la makan ok...tak elok makan lewat-lewat ni, karang berat badan tu meningkat pula, silap-silap boroi..haha...opss~ terlebih sudah.

Bercerita tentang makankan, aku nak cerita sikit dekat korang makanan kegemaran aku ni, nak tau tak?? tak nak?? kalau tak nak sila lah esc this blog ok?? hehe..gurau saja. Kalau tak mahu tahu, baca artikel lain kat blog ini ok....


Well makanan kegemaran saya yang menjadi ranking no. 1 dihati dan dimulut yang menikmati ini adalah!! jeng..jeng..jeng...

Asam Pedas

Ini nama dia Asam Pedas, ohh!! ia sungguh menyelerakan, nak tulis ni pun tak mampu melihat gambar diatas, haha...asam pedas kegemaran ni tak kesah lah ia asam pedas ikan pari ke, daging ke, atau apa-apa ikan sekalipun, asalkan ia asam pedas! urrrggghhh!! aku bantai..lagi-lagi mak masak tak pun kakak ipar aku masak, melaka mari lagi..haha....

Ayam Masak Merah
Walawei!! ni satu lagi feveret aku, tahu siapa dia?? ha..nama dia Ayam Masak Merah. Ayam ni kalau start dia dimasak je perut aku mulalah berbunyi-bunyi, macam berkokok pula..haha...bila ianya disuapkan ke mulut aku, fuuhh!! padu! nikmat dia aku je yang tahu..haha...masakan ini kalau mak aku masak hari-hari pun aku rilek jer, tak perlu dah masakan lain..haha...kalau dah berbini nanti, siap la dia, hari-hari aku suruh dia masak..haha...^^

Tomyam
Ranking ketiga makanan feveret ku adalah Tomyam, bukan Tommy J Pisa ok. Tomyam ini amatlah padu kalau kuah dia pekat, kaya dengan isi-isi didalam dia, lebih mantop kalau dicampur dengan cendawan sekali, bukan cendawan butang ok, cendawan apa ntah kenama dia, warna kelabu gitu. Tomyam ni kalau kakak ipar aku yang mai dari Thai sana masak, memang power!! memang aku sebat sampai licin. Terima kasih kakak ipar!! ^^

Ikan Talang Masin
Carta keempat adalah Ikan Talang Masin. Ikan ni pun padu gak, pembuka selera, cukuplah kalau ia sekadar dimasak dengan bawang dan cili sedikit, pasti yang kenyang akan kembali lapar, haha...tak caya?? cuba try tengok..hehe..^^

Sambal Tumis Telur

Last but not least, Sambal Tumis Telur. Yes!! ni pun sedap kalau bujang, layan ni memang padu, efisien dan ekonomik, haha...mengapa?? bukan sekadar mengenyangkan perut, malah telur yang diperoleh dari kenduri kawin tidaklah terbuang begitu saja, dipelbagaikan lagi dan ia menjadi lebih sedap, malahan ia melazatkan..^^ setuju tak?? setuju saja..haha~

Well En. Din, aku dah fulfill permintaan kau, macam mana?? serba kemerahan bukan?? haha~


~10jarijemari menari-nari kelaparan~




4 comments:

cintailmu89 said...

wawa..tq bro.tau jugak ak makanan faveret ko..haha..same ngan ftin kan?kebetulan mungkin..hehe..nway,merah sume..haha..baguih2..

Anonymous said...

woh sama. gimme five sket!

10jarijemari said...

din~ merah itu berahi..haha...
fatin~ give me 10 la...haha~

Anonymous said...

wah, tgk pic mmg menarik.. ^_^