widget

Drop Here 1st~

Showing posts with label Ibadah. Show all posts
Showing posts with label Ibadah. Show all posts

Berniatlah Kamu Ketika Berwuduk

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah kita masih lagi diberi nafas oleh Allah S.W.T untuk terus berpijak dibumi yang nyata ini...Disini saya ingin berkongsikan sesuatu yang barangkali boleh diamalkan oleh kita seharian...Insyallah...^^
gambar hiasan

Semasa kita berwuduk seharian...sambil-sambil tu kita berniatlah seperti ini....



1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".


sumber: saudari leabaiduri

~10jarijemari berkongsi ilmu duniawi dan akhiri~

Posisi Solat Dan Faedahnya


 Assalamualaikum w.b.t


Solat boleh dilakukan oleh semua orang. Amalan bersolat boleh memberikan kita manfaat senaman minda dan senaman jasmani selain daripada memberikan kita jiwa yang tenang. Pergerakan solat yang di lakukan berulangkali setiap hari mampu memberikan kesihatan kepada tubuh dan menghindar segala penyakit jasmani seperti lemah jantung,darah tinggi,sakit sendi,sakit tulang,sakit mata dan berbagai lagi penyakit fizikal yang lain.



Berikut adalah di antara manfaat bersolat mengikut pergerakan solat tersebut.

Posisi pertama

Berdiri lurus dan kedua dua tangan di angkat ke atas.


Faedah

Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan fokus. Pandangan mata ke tempat sujud.Otot ­otot atas dan bawah bahagian belakang terasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.



Posisi kedua

Berdiri betul serta membaca al-fatihah dan surah

Faedah

Menimbulkan konsentrasi minda. Merehatkan kaki serta bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir semua bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari sebutan 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang, a, i, u, merangsangkan hati, kelenjar gondok (thyroid), kelenjar ‘pineal’, ‘pitunitary’, kelenjar adrenal, dan paru-paru, membersih dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota tubuh tersebut.


Posisi ketiga

Rukuk

Faedah

Merenggangkan otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang. Lama -kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan lagi peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.


Posisi keempat 

Iktidal - Berdiri lurus selepas rukuk

Faedah

Darah yang baru bergerak masuk ke dalam semasa gaya rukuk kembah ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa sisa tubuh. Badan mendapat balik kerehatan dan melepaskan ketegangan.


Posisi kelima

Sujud

Faedah

Lutut berbentuk sudut tepat. Membangunkan otot perut dan mengelakkan perut jadi buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya bahagian kepala (termasuk mata, telinga dan hidung) dan paru-paru. ‘Mental toxin’ minda dibersihkan oleh darah. Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita yang hamil.Memperbetulkan kedudukan alat peranakan wanita.Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan  sendi-sendi. Menghapuskan egoisme dan keangkuhan. Meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam ruh dan menimbul­kan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan. Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.


Posisi keenam

Duduk di antara dua sujud

Faedah

Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki dan sebahagian badan terletak diatasnya. Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita  membiarkan kedua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberi­kan kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.


Posisi ketujuh

Sujud kedua

Faedah

Membersihkan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf. Memberi keringanan pada badan dan kebahagiaan emosi. Pengoksidanan seluruh badan lebih sempurna. Sistem urat saraf jadi lebih seimbang.


Posisi kelapan

Bangun semula dari sujud.

Faedah

Darah kembali peredarannya ke tubuh atas. Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh badan memberi­kan kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.


Pendapat doktor perubatan

Doktor perubatan telah menerangkan manfaat posisi bersolat sebagai berikut :

1. Sujud fizikal menambah kekuatan aliran darah ke otak dan menggelakkan penyakit pening kepala, migraine dan menajamkan akal. Juga melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

2. Memudahkan wanita di dalam proses bersalin kelak.

3. Merangsang payudara untuk menghasilkan susu untuk bayi.

4. Mengurangkan kegemukan (obesity)..

5. Melegakan paru paru dan ketegangan saraf.

6. Menggelakkan pendarahan otak.

7. Melegakan sakit hernia.

8. Membetulkan kedudukan buah pinggang.

9. Melegakan sakit senggugut wanita dan berbagai lagi manfaat kesihatan lain.

Firman Allah SWT:

"Apakah sebab kami masuk neraka? Jawab mereka: kami tidak mengerjakan solat." 

(Surah Al Muddathir: 42-43)

Rasulullah bersabda:

"Janji antara kami dengan mereka (orang kafir) ialah solat barang siapa yang meninggalkan solat maka ia benar telah kafir." 


(HR:AbU Daud , At Tirmizi dan Nasai)

Rasulullah bersabda

 "Amalan seseorang hamba yang pertama akan dihisab kelak ialah solat, maka jika solatnya rosak maka amal lainnya akan rosak." 


(HR:TABRANI)


~10jarijemari berkongsi ilmu duniawi dan ukhrawi~

Sejarah Solat 5 Waktu

Assalamualaikum w.b.t

Tahukah anda kalian berkenaan sejarah solat?? sejarah dari mula solat itu diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW seterusnya kepada umatnya?? Apa kebaikan setiap solat fardhu yang lima itu??
Pada entry kali ini aku nak berkongsi sebuah artikel berkenaan apa dia disebalik solat, siapa yang menunaikan terlebih dahulu dan cerita disebalik setiap rakaat yang kita tunaikan itu...

marilah sama-sama kita hayati~

Ibadah : Doa Yang Dimakbulkan Dan Tidak Dimakbulkan

Assalamualaikum w.b.t


Entry saya sebelum ini ada menyingkap tentang apa itu doa, sifat-sifat doa dan tempat yang mustajab untuk berdoa. Hari ini saya ingin berkongsi tentang doa yang dimakbulkan dan doa yang tidak dimakbulkan.
Mari kita sama-sama singkapkan~ ^^



Ibadah : Tempat Mustajab Berdoa

Assalamualaikum w.b.t


Berdoa boleh dilakukan di mana-mana sahaja, asalkan di tempat yang bersih dan sesuai, tetapi yang afdalnya adalah di tempat-tempat berikut:



Ibadah : Waktu Doa Mustajab

Assalamualaikum w.b.t


Berdoa boleh dilakukan pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun terdapat waktu-waktu tertentu yang lebih mustajab sebagaimana disarankan Rasulullah SAW sendiri...



Ibadah : Adab Dan Sifat Doa

Assalalaikum w.b.t


Berdoa merupakan amalan penting yang dapat menghubungkan insan dengan Allah SWT sebagai penyelesaian segala masalah rohani dan jasmani, pelerai kesulitan dunia dan akhirat..



Maksudnya : Dan apabila hamba-Ku bertanya padamu mengenai-Ku, sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa kepada-Ku


Ibadah : Tidur Lebih Indah Dengan 4 Pekara

Assalamualaikum w.b.t


Nak tidur dah?? nanti dulu....gosok la gigi tu, ia boleh memanjang kan hayat gigi kita, nak pakai sampai mati ni, basuh muka tu, hilangkan segala makeup or debu2 yang ada kat muka tu, bagi muka bernafas dengan lancar, basuh kaki tu...tau basuh kaki tu apa?? mengambil wuduk yer bukan basuh kaki macam kaki tu terpijak najis, huhu...solat lah sekiranya belum solat isyak, jangan main tidur je, karang mati masa tidur dah ke neraka....
then lastly lakukan lah 4 perkara ini....^^

Permainan Itu Dituntut

Assalamualaikum w.b.t


Rasulullah melarang umatnya melakukan persetubuhan tanpa didahului dengan permainan asmara.  Sebagaimana tersebut didalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Jabit bin Abdullah, hadisnya :


"Rasulullah melarang persetubuhan sebelum (dilakukan) cumbu-rayu"