widget

Drop Here 1st~

Showing posts with label Islamic. Show all posts
Showing posts with label Islamic. Show all posts

Bercinta Cara Islam…

Assalamualaikum w.b.t

Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti ini jika manusia akan diperintahkan untuk memebunuh fitrahnya itu? 

Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.Rasulullah pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin cinta-menyintai ini.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini. Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006, iaitu pada hari Jumaat. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah kali itu agak menarik,


Jodoh!


sweet bukan?? 

Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan yang cara masyarakat sekarang telah lari daripada syariat yang sepatutnya. 


“Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang. Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan yang empunya diri dan terus menyatakan niat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji sumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan perhubungan mereka ini. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, emak dan ayah tak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan,” terang beliau.

Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, “Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali mereka dan calon menantu mereka dengan lebih jelas. Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah Haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah dalam hadis baginda. Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan,” jelas beliau lagi.


Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta. Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini. Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sistematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh manusia serta diredhai oleh Allah. Inilah percintaan dalam Islam, iaitu selepas perkahwinan. Insya-Allah kalau segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan kita itu.

Untuk kita yang masih menimba ilmu, tidak perlulah bersusah-susah mencari jodoh sekarang. Jodoh di tangan Allah, pasti bertemu jua dengan taqdirnya. Sekarang kita mempunyai matlamat yang lebih penting iaitu mendapatkan kecemerlangan dalam pelajaran dan menunaikan tanggungjawab kita sebagai muslim. Banyak lagi tanggungjawab yang perlu kita pikul dan bercinta bukanlah sesuatu yang perlu buat masa sekarang. Berusahalah menjadi muslim dan muslimah sejati serta  
mengamalkan Islam dalam kehidupan kita.

Sumber: ntah la xingat dah~ haha~


~10jarijemari~

Aurat Wanita



Assalamualaikum w.b.t

Tahukah kalian wanita itu secantik dan seindah ciptaan Allah diatas muka bumi? dah tahukah anda wanita itu dicipta untuk kaum adam dan tahukah anda yang wanita ini penghibur lelaki yang bergelar suami? tapi tahukah anda apa yang akan terjadi sekiranya wanita- wanita ini sudah tidak menjadi seindah ciptaan-Nya? wanita yang telah dinodai oleh lelaki yang bukan mahramnya, secara zahir atau batin atau juga secara tersirat lagi tersurat??

Kita kongsikan bersama-sama antara aurat wanita kini yang semakin jatuh prestasinya..




1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening 


– Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan


 – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidung belang


 – Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka.


 – Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya


 – Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu  menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. 


Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja 


– Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya


 – Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya


 – Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram – Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik


 – Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi – Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka 


– Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya – Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah

 – Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti


– Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.


Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya


 – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya – Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


maka wanita sekalian...tolonglah...jagalah aurat kamu, kerana kamu bukan sahaja merosakkan diri kamu malah merosakkan sekeliling anda, kamu adalah secantik ciptaan, jadilah sepertinya.




^^,


~10jarijemari.blogspot.com~

Berniatlah Kamu Ketika Berwuduk

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah kita masih lagi diberi nafas oleh Allah S.W.T untuk terus berpijak dibumi yang nyata ini...Disini saya ingin berkongsikan sesuatu yang barangkali boleh diamalkan oleh kita seharian...Insyallah...^^
gambar hiasan

Semasa kita berwuduk seharian...sambil-sambil tu kita berniatlah seperti ini....



1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah >mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".


sumber: saudari leabaiduri

~10jarijemari berkongsi ilmu duniawi dan akhiri~

Petua : Diet Dari Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum w.b.t

sekadar hiasan




Ada sedikit ilmu yg ingin aku kongsi bersama dengan korang semua?

Rupa-rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yg kita makan sehari - hari , kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila korang telah mengetahui ilmu ini, tolonglah kongsikan kepada yg lain2nya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga.Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari-hari. apa kata kita ikut diet ini geng. tak payahlah susah-susah makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti? korang takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.

Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... korang cubalaa.
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat
amalan spt:-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam) Wassalam...

Sama-samalah kita mengamalkannya.......

WallahuA'lam

sumber : syok.org



~10jarijemari.blogspot.com~

Amalan Yang Terbalik

Assalamualaikum w.b.t


Ini saya kongsikan beberapa perkara yang sekarang sudah terbalik pada masa kini bukan terbaik tapi terbalik~




dari google~






1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di
mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyediakan makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh si mati atau harta peninggalan si mati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?



2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid,
pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu
perbuatan yang terbalik??



4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.


6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?


7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa. Bukan cikgu y meluluskan..tapi Allah yang bantu ketika kita menjawab peperiksaan.


9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang,
mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi
peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas



10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.


Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan
hidup kita.



~10jarijemari.blogspot.com~

Kalau Tuhan Itu Baik, Kenape Buat Neraka~?

Assalamualaikum w.b.t

Mari aku kongsikan cerita yang aku dapat ntah dari mana aku tak ingat...but it still good to be shared..
^_^


Ini kisah benar, kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "Lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan - peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga, kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba - tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu, dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab, "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam, hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga, Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan, "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga, lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah!! mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi, "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya, "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian, semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.


~10jarijemari~

Posisi Solat Dan Faedahnya


 Assalamualaikum w.b.t


Solat boleh dilakukan oleh semua orang. Amalan bersolat boleh memberikan kita manfaat senaman minda dan senaman jasmani selain daripada memberikan kita jiwa yang tenang. Pergerakan solat yang di lakukan berulangkali setiap hari mampu memberikan kesihatan kepada tubuh dan menghindar segala penyakit jasmani seperti lemah jantung,darah tinggi,sakit sendi,sakit tulang,sakit mata dan berbagai lagi penyakit fizikal yang lain.



Berikut adalah di antara manfaat bersolat mengikut pergerakan solat tersebut.

Posisi pertama

Berdiri lurus dan kedua dua tangan di angkat ke atas.


Faedah

Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan fokus. Pandangan mata ke tempat sujud.Otot ­otot atas dan bawah bahagian belakang terasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.



Posisi kedua

Berdiri betul serta membaca al-fatihah dan surah

Faedah

Menimbulkan konsentrasi minda. Merehatkan kaki serta bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir semua bunyi dalam bahasa Arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari sebutan 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang, a, i, u, merangsangkan hati, kelenjar gondok (thyroid), kelenjar ‘pineal’, ‘pitunitary’, kelenjar adrenal, dan paru-paru, membersih dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota tubuh tersebut.


Posisi ketiga

Rukuk

Faedah

Merenggangkan otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang. Lama -kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan lagi peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.


Posisi keempat 

Iktidal - Berdiri lurus selepas rukuk

Faedah

Darah yang baru bergerak masuk ke dalam semasa gaya rukuk kembah ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa sisa tubuh. Badan mendapat balik kerehatan dan melepaskan ketegangan.


Posisi kelima

Sujud

Faedah

Lutut berbentuk sudut tepat. Membangunkan otot perut dan mengelakkan perut jadi buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya bahagian kepala (termasuk mata, telinga dan hidung) dan paru-paru. ‘Mental toxin’ minda dibersihkan oleh darah. Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita yang hamil.Memperbetulkan kedudukan alat peranakan wanita.Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambahkan keanjalan  sendi-sendi. Menghapuskan egoisme dan keangkuhan. Meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam ruh dan menimbul­kan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan. Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.


Posisi keenam

Duduk di antara dua sujud

Faedah

Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki dan sebahagian badan terletak diatasnya. Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita  membiarkan kedua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberi­kan kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.


Posisi ketujuh

Sujud kedua

Faedah

Membersihkan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf. Memberi keringanan pada badan dan kebahagiaan emosi. Pengoksidanan seluruh badan lebih sempurna. Sistem urat saraf jadi lebih seimbang.


Posisi kelapan

Bangun semula dari sujud.

Faedah

Darah kembali peredarannya ke tubuh atas. Posisi Ini membantu mengeluarkan keracunan (toxin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh badan memberi­kan kerehatan yang selesa, dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.


Pendapat doktor perubatan

Doktor perubatan telah menerangkan manfaat posisi bersolat sebagai berikut :

1. Sujud fizikal menambah kekuatan aliran darah ke otak dan menggelakkan penyakit pening kepala, migraine dan menajamkan akal. Juga melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

2. Memudahkan wanita di dalam proses bersalin kelak.

3. Merangsang payudara untuk menghasilkan susu untuk bayi.

4. Mengurangkan kegemukan (obesity)..

5. Melegakan paru paru dan ketegangan saraf.

6. Menggelakkan pendarahan otak.

7. Melegakan sakit hernia.

8. Membetulkan kedudukan buah pinggang.

9. Melegakan sakit senggugut wanita dan berbagai lagi manfaat kesihatan lain.

Firman Allah SWT:

"Apakah sebab kami masuk neraka? Jawab mereka: kami tidak mengerjakan solat." 

(Surah Al Muddathir: 42-43)

Rasulullah bersabda:

"Janji antara kami dengan mereka (orang kafir) ialah solat barang siapa yang meninggalkan solat maka ia benar telah kafir." 


(HR:AbU Daud , At Tirmizi dan Nasai)

Rasulullah bersabda

 "Amalan seseorang hamba yang pertama akan dihisab kelak ialah solat, maka jika solatnya rosak maka amal lainnya akan rosak." 


(HR:TABRANI)


~10jarijemari berkongsi ilmu duniawi dan ukhrawi~

Kelebihan Surah Al-ikhlas

Assalammualaikum....

Saya ingin kongsikan kepada semua kelebihan surah al-ikhlas jika di amalkan Dalam kehidupan sehari hari...

Sebelum kita membicarakan keutamaan Surat Al-Ikhlas, terlebih dahulu, saya akan disampaikan tentang nama-nama dari Surat Al-Ikhlas itu sendiri. Nama Surat Al-Ikhlas itu jumlahnya ada 20 nama yakni :

At-Tafrid.
At-Tajrid.
At-Tauhid.
Al-Ikhlas.
An-Najat.
Al-Wilayah.
An-Nisbah.
Al-Ma’rifah.
Al-Jamal.
Al-Muqasyqasyah.
Al-Mu’awwidzah.
As-Shamad.
Al-Asas.
Al-Maani’ah.
Al-Muhtadhar.
Al-Munfiroh.
Al-Baroah.
Al-Mudzkiroh.
An-Nuur.
Al-Insan.


Derma Darah Dan Faedahnya

Assalamualikum w.b.t


Pada tanggal 31hb Ogos, termaktublah sudah dalam buku derma darah aku yang aku telah menderma darah sebanyak 5 kali...muahaha~ bangga seyh! bukan apa, rasa macam best plak bile dapat derma darah ni, yela aku ni kadang-kadang boleh jadi seorang yang sangat kedekut bila datangnya soal duit...it's all about the money...masak la sape yang kapel dengan aku...^^


Actually aku bukan la nak becerita sangat pasal apa yang aku buat masa derma darah, jumpe nurse cantik ke or apa, tapi apa yang aku nak bercerita atau berkongsikan bersama adalah kebaikan dan faedah menderma darah ni.
sumber google

Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran

Assalamualaikum w.b.t

Bagaimana rasanya kan jikalau kita ini ditakdirkan menjadi penghuni syurga?? seperti sahabat - sahabat Rasulullah yang telah terang - terangan ketika masih hayatnya telah mengetahui bahawa ganjaran syurga kelak pasti kan dinikmati. Walaupun mereka ini bahawasanya akan dijanjikan nikmat syurga, mereka tidak merasa bangga ataupun terus lalai akan menunaikan tanggungjawab kepada yang Maha Esa.

Kita yang hanyalah umat biasa ini layakkah menerima penganugerahan yang amat besar ini?? sedangkan ingin mencium bau syurga pun tidak layak, dengan amalan yang tidak seberapa, huu~

Akan tetapi sekiranya kita masih lagi bertakwa dan beriman kepada Allah s.w.t, insyallah, Allah itu Maha Adil dan Maha Mengasihani.

Syaitan

Assalamualaikum w.b.t


Tahukah Anda?Terdapat 9 jenis anak syaitan yang sering bersama dengan kita pabila berada atau melakukan sesuatu itu??


siapakah mereka ini??





Luasnya Neraka

Assalamualikum w.b.t

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ....

.: Luasnya Neraka :.


Saat - Saat Berlakunya Kiamat II

Assalamualaikum w.b.t

Disini saya ingin berkongsi lagi mengenai artikel yang saya pernah kongsikan tempoh hari dimana ia berkisar saat-saat berlakunya kiamat, tetapi kali ini kisah ini merupakan sambungan dari artikel yang lepas, kalau tertinggal pembacaanya boleh baca disini


Mengapa Hawa Tercipta Saat Tidurnya Adam

Assalamualaikum w.b.t
Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat mereka terjaga??.  Tahukah kamu yang hawa diciptakan dari tulang yang bengkok?? Bukan dari yang lurus?? Dari kiri pula~


Lelaki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,