widget

Drop Here 1st~

Showing posts with label Pengetahuan dan Fakta. Show all posts
Showing posts with label Pengetahuan dan Fakta. Show all posts

Perempuan Suka Usha Lelaki??

Assalamualaikum w.b.t

Selalunya lelaki memang suka sangat usha perempuan, yelah perempuan ni kan dah dijadikan sebaik-baik perhiasan di dunia ini, bagilah macam mana pun perempuan tu, yang simple ke, yang bertutup litup ke, memang lelaki akan usha punya, yang seksi? lagilah..memang xlepas mate memandang.. ala lelaki kat luar sane tu toksah nk cover la...silap-silap korang pun basah gak kan tengok awek-awek berdahi licin..

tapi sini aku taknak cite laki usah perempuan tp nak cite sikit pasal perempuan yang usha laki lak, ape yang dorang si gades-gades ni suka sangat usha.

Kekemasan


So far ape yang aku tgk perempuan ni memang mementingkan kekemasan, first impression kan, kalo first time pun tgk dh semak kepala, memang tak la nk layan kan, kadang tu tak hensem pun mamat ni, tp disebabkan kekemasan pakaian die, teratur je, well, boleh bg chance la kot.

Kesadoan



Sekarang ni memang tak dinafikan ramai rata - rata lelaki menginginkan badan yang sado, well perempuan pun nk gak ade abe-abe yang sado ni disisi mereka almaklum abang sado ni mesti selalu bersenam selalu berpeluh, kalo tgk mau basah kerang-kerang awek kat luar sane, satu lg perempuan akan lebih secure,kot...yelah sado = tough = orang pun gerun nk kacau awek ko tuh, tapi kalo pengecut gak,potong biji bg anjing la.

Kebijaksanaan


Ni satu perkara yang kalo perempuan bijak die akan pilih abam - abam yang bijak pandai. Kalo pandai ni macam - macam yang die buat pasti kita akan kagum, yelah ape yang dibuatnye tidak salah, keputusan yang dibuatnye pasti tepat. Lelaki yang bijak adalah lelaki yang boleh handle awek-awek die dengan bijak.

Keseronokkan


Perempuan paling suka lelaki  yang pandai buat dorang gelak, walaupun kadang - kadang tu aku dengar ade mamat ni buat lawak, alahai ak rase macam bodoh je lawak tu, nk gelak pun macam nk menangis ade la, tp tgk awek die gelak terbahak- bahak sampai nk cirit berguling-guling mintak penampar silap-silap basah sekali ape. Perempuan suka orang yang boleh die gelak sampai basah, maksud aku happy okey

Kekayaan


Ha ini paling power, walaupun kadang-kadang tu ko tak hensem,ko serabut, ko sengal-sengal ubi tp kalo bab ni ko ade, no hal bro, sape-sape mostly mesti ko leh tackle punya. Perempuan yang tgk benda ni ade dua perkara, sama ada nk kikis atau sebagai perancangan masa hadapan yang cerah. Orang kate duit bukan segala-galanya, tp cube bagitau aku sape yang muram bila diberi hadiah lamborghini elemento?? kalo ade please aku nak jumpe.

Penjelasan atas ni aku buat berdasarkan ape yang aku nampak dan alami, ade je perempuan yang tgk dari aspek lain, just pandangan aku jer.


Petua : Kurangkan Bau Badan Korang!

Assalamualaikum


Korang tau tak yang bau badan korang ni kadang-kadang bau macam urrrrggghhhhh~ iyuuucksss~ rase macam nak muntah pun ade, lagi-lagi korang tak pernah mandi sebulan atau korang baru lepas buat aktiviti yang membuatkan peluh korang mencurah-curah ke ladang gandum, haha....mesti korang penah rase kan, ha! aku pun kadang-kadang lepas joging ke hiking ke, bau ni akan keluar sampaikan aku sendiri pun loya tekak...haha...ni kadang-kadang ade kene mengena dengan pemakanan kita gak..

so adelah sedikit yang dapat dikongsikan sedikit pasal cara nak kurangkan dan hilangkan bau badan yang macam kawan ungka tu...~ ^^





  • MANDI!
    • semestinyalah kalau dah berbau tu...cepat-cepatla mandi ek,sabun kasi kaw satu badan plus syampoo kepala tu, kot2 la tak pernah syampoo kan, beranak pinak dah kelemumur kat kepala tu.
  • Cukur bulus~
    • kalau rase badan tu penuh bulu tu, ha...mst peluh die lg kaw kan, so aku taklah rekemenkan suruh cukur bulu satu badan, just yang mana kat celah-celah yang dah terlajak lebat, cukur la...bila berpeluh, kawasan yang terselit ni akan terkepam bau-bau ni. macam korang simpan ikan kering dalam kotak then duduk kat tengah2 hall rumah korang, cer buka, perrgghh! semerbak harum kasturi...haha~ 
  • Deodoran
    • satu kes lagi, sesetengah manusia ni jenis malas nak pakai deodoran kat ketiak tu, yelah bajet diri tu dah cukup wangi kot, ape la salah pakai sikit, tak kesah la ape pun, janji kalau depan sape-sape tak la berbau bila nak angkat tunjuk biseps kat awek-awek,haha... ha satu lagi, kalau jenis yang saving, kedekut habis nak beli deodoran kan, korang leh pakai kapur barus, confirm bau takkan ader..ini terbukti! (pernah buat dulu..haha~)
  • Cara pemakanan yang betul
    • salah satu dari punca bau badan boleh jugak datang dari pemakanan kita sendiri, yelah, ape yang korang makan tu akan keluar melalui peluh korang tu die punya side effect, sebab orang yang kerap makan ubat akan keluar peluh lain sikit dari kebiasaannye, sebab aku pernah kaji pasal ni walaupun sekadar pemantauan je, hmmm...hehe~

~10jarijemari menari-nari~

Apakah Itu Gambir Dan Apakah Kesan Penggunaannya???

Assalamualaikum w.b.t

Hari ini saya ingin berkongsikan suatu fakta yang barangkali ramai lelaki sudah mengetahuinya dan ada juga yang masih tidak tahu apakah itu GAMBIR. Pembaca wanita juga boleh membaca ini bagi menambahkan lagi ilmu pengetahuan pada masa akan datang. 


Mitos Seks

Assalamualaikum w.b.t


WALAU semaju mana pun masyarakat di sesebuah negara, mereka tidak boleh menjarakkan diri dengan mitos. Terdapat pelbagai jenis mitos dalam masyarakat, daripada mitos kisah wira legenda, mitos penyakit misteri, mitos menguruskan badan sehinggalah mitos hubungan intim.

Dalam masyarakat Asia, mitos hubungan intim sememangnya sangat tebal walaupun jarang diperkatakan. Lantaran sikap malu dan sopan-santun yang kuat, ia menjadi topik yang masih tabu untuk dibincangkan.


Namun, berdasarkan kenyataan pakar-pakar seksual Barat, sewajarnya mitos seksual disentuh untuk memastikan masyarakat mempunyai pendidikan seks yang lebih baik dan tidak dibelenggu dengan mitos skeptikal.


Berikut adalah 10 mitos seksual yang sering membelenggu kebanyakan masyarakat Asia. Adakah ia adalah salah satu daripada kepercayaan anda?


Mitos 1: Wanita mengalami pendarahan sewaktu kali pertama hubungan seks


Wanita biasanya mengalami pendarahan sewaktu kali pertama melakukan hubungan intim kerana selaput daranya pecah. Bagaimanapun, pada zaman ini, dengan kebanyakan wanita hidup cergas dan aktif melakukan pelbagai aktiviti rekreasi seperti menunggang kuda dan bersukan, selaput dara itu mungkin pernah pecah sebelum ini. Jadi kenyataan itu, hari ini adalah satu mitos.


Mitos 2: Lelaki sentiasa bersiap-sedia

 
Jangan silap dengan menyatakan kaum lelaki akan sentiasa ghairah dan bersiap sedia melakukan seks pada setiap masa. Wanita harus faham bahawa lelaki juga turut dipengaruhi dengan keadaan sekeliling, tarikan pasangan dan mood.


Mitos 3: Wanita tidak hamil jika haid
 


Ramai yang mempunyai pemahaman yang salah tentang hal ini. Walaupun peratusan berlakunya kehamilan pada saat haid adalah kecil tetapi ia tetap menolak kenyataan itu sekali gus menjadikannya sebagai mitos. Oleh kerana sperma dapat hidup selama lima hari dalam tubuh wanita, ia memungkinkan kehamilan berlaku ketika itu.


Mitos 4: Ejakulasi di luar vagina mengelak kehamilan
 

Oleh kerana tidak memakai kondom anda mengambil keputusan melepaskan air mani anda di luar kerana menyangka pasangan anda tidak akan hamil. Jangan silap, risiko kehamilan dengan cara ini masih agak tinggi.


Mitos 5: Wanita lebih suka zakar besar


Kenyataan ini tidak benar kerana banyak pakar mendedahkan ramai wanita mengakui saiz bukanlah segalanya. Banyak wanita menekankan asmara, rangsangan sentuhan, kata-kata, ciuman dan sebagainya adakalanya lebih penting daripada saiz zakar.

MASYARAKAT seharusnya diberi pendidikan sewajarnya supaya mereka tidak terus dibelenggu kepercayaan salah.

Mitos 6: Hanya wanita mengalami orgasme berkali-kali


Walaupun sekitar 30 peratus wanita mengalami orgasme berkali-kali, tetapi hanya 10 peratus melaluinya secara teratur. Sebaliknya beberapa pakar mendedahkan lelaki juga dapat mengalami orgasme berkali-kali tanpa kehilangan ereksi. Ia dikatakan lebih banyak terjadi kepada lelaki muda.


Mitos 7: Zakar besar bila beronani


Tidak ada sebarang bukti menunjukkan zakar dapat menjadi lebih besar bila memuaskan nafsu dengan cara itu.


Mitos 8: Onani boleh mandul


Tidak kaitan langsung antara onani dengan kemandulan. Secara logiknya, onani dan melakukan hubungan intim secara normal hanya berbeza daripada tekniknya. Onani menggunakan tangan, seks normal memasukkan zakar ke dalam vagina - hasil akhirnya adalah ejakulasi.


Mitos 9: Seks berkait dengan etnik


Ada yang berpendapat etnik tertentu lebih hebat beraksi di ranjang dan begitu juga sebaliknya. Pakar seksual berpendapat etnik tiada kaitan dengan kehebatan seseorang dalam melakukan hubungan seks. Sebaliknya, ia lebih menjurus kepada ilmu pengetahuan tentang hubungan intim yang dipelajari seseorang.


Mitos 10: Tidak nikmat tanpa orgasme


Dalam satu kajian mendedahkan hanya sesetengah wanita mengalami orgasme dalam hubungan seksual mereka. Tetapi wanita ini mengakui tanpa orgasme, mereka masih boleh menikmati seks dan mencapai klimaks.

sumber : syok.org

~10jarijemari menari-nari berkongsi informasi~ 

Saat - Saat Berlakunya Kiamat.

Assalamualaikum w.b.t

Dan salam sejahtera kepada kalian yang berkunjung ke blog 10jari-jemari ini. Pada hari ini aku ingin sangat berkongsikan dengan korang pasal satu artikel ini yang pernah kita belajar satu ketika dahulu semasa kita bersekolah agama pada umur yang masih muda. Mungkin ada yang sudah lupa akan kisah -kisah ini dan mungkin ada juga mereka yang tidak pernah dengar lantaran semasa kecil tidak berpeluang ke sekolah agama.

So aku disini ingin berkongsikan dengan korang pasal satu artikel ini berkisar peristiwa yang akan berlaku bila tibannya atau sewaktu berlakunya kiamat itu.

Artikel ini bukanlah hasil karya aku sendiri malahan aku mengambilnya dan berasa ia patut dikongsi bersama sesama kita selaku umat islam, umat Nabi Muhammad Saw juga umat akhir zaman.


Hayatilah...

Penampar Itu Haram

Assalamualaikum w.b.t

Pernahkah selama korang hidup dimuka bumi ini kena penampar yang amat padu dimuka?? atau pun tidak berapa nak padu?? Kalau tak pernah, untung la korang sebab aku pernah kena sekali dengan abang aku akibat kedegilan yang melampau, sob*sob*...T_T. Tula orang kata sabar tak sabar kan dah kena penampar, huhu...tapi alhamdulillah disebabkan penampar sulung dari abang sulung aku tu dulu aku telah mulai belajar apa itu erti sabar, best kan?? ^^

sekadar hiasan

Tapi!

Tahukah korang semua bahawa menampar pada bahagian muka hukumnya haram??

Ya!! benar, hukum menampar pada bahagian muka adalah haram walau dengan apa jua tujuan sekalipun, samada dalam hudud, takzir, denda anak, denda anak murid atau tujuan2 yang lain.

Sabda Nabi Muhammad saw :

( إِذَا قَاتَلَ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيَجْتَنِبْ الْوَجْهَ ). رواه البخاري (2560) ومسلم (2612) واللفظ له ، وفي رواية له بلفظ: ( إِذَا ضَرَبَ أَحَدُكُمْ ... )

" Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya." - Hadis sahih Bukhari dan Muslim

Sabda nabi pun ada mengatakan bahawa penampar itu adalah haram. Mahu sangkal??

Ini pula Imam Nawawi berkata:

هَذَا تَصْرِيح بِالنَّهْيِ عَنْ ضَرْب الْوَجْه ; لِأَنَّهُ لَطِيف يَجْمَع الْمَحَاسِن , وَأَعْضَاؤُهُ نَفِيسَة لَطِيفَة , وَأَكْثَر الْإِدْرَاك بِهَا ; فَقَدْ يُبْطِلهَا ضَرْب الْوَجْه , وَقَدْ يُنْقِصُهَا , وَقَدْ يُشَوِّه الْوَجْه , وَالشَّيْن فِيهِ فَاحِش ; وَلِأَنَّهُ بَارِز ظَاهِر لَا يُمْكِن سَتْره , وَمَتَى ضَرَبَهُ لَا يَسْلَم مِنْ شَيْن غَالِبًا ". انتهى "شرح النووي على مسلم " (16/165) .

Kenapa menampar/memukul dibahagian muka adalah haram?? ini antara sebabnya...

1. Muka adalah anggota yang lembut dan menghimpunkan segala kebaikan. Cuba bayangkan muka-muka yang cun, ayu lagi comel kena penampar, macam mana?? efek dia mesti padu kan?? silap-silap boleh jadi tak ayu, cun dan terus tidak cumel..huhu...Kesan kecederaan yang terdapat dimuka adalah jelas dan tidak boleh disembunyikan, naya jer~

2.Anggota yang ada padanya amatlah bernilai. Di mukalah terletaknya mata, hidung, dan mulut.

3. Salah satu yang terdapat padanya adalah mata. Fikirkan kalau tamparan wanita itu terkena pancaindera ini, dan mengakibatkan kecederaan lantas berlarutan dan mengakibatkan kecacatan dan buta selamanya, parah bukan?? anda telah menyebabkan nikmat dunia seorang insan berkurangan. Tak pun kena mulut, pecah pula, bernanah, berlarutan mengakibatkan mangsa tidak dapat makan, lantas dia mati kebuluran, innalillah~ bahaya bukan??

Imam Ibnu Hajar Asqalani berkata :
وَيَدْخُلُ فِي النَّهْيِ كُلّ مَنْ ضُرِبَ فِي حَدّ ، أَوْ تَعْزِير ، أَوْ تَأْدِيب ". انتهى من فتح الباري (5/183)

" Termasuklah dalam larangan adalah setiap pukulan ke muka ketika dalam hukuman hudud, takzir dan pukulan didikan."

Imam Sun'ani berkata ( pengarang kitab subulus salam)

وهذا النهي عام لكل ضرب ولطم من تأديب أو غيره ". انتهى "سبل السلام" (1/236).

" Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samada untuk mendidik atau sebagainya."

Secara kesimpulannya, sekiranya kita hendak memukul seseorang seperti anak, isteri, orang bawahan atau sebagainya, dengan tujuan mengajar, elakkanlah dari memukul bahagian muka pukullah dibahagian lain selain muka, dekat tangan ke, mana-mana lah asalkan bukan dibahagian muka. Kalau nak saja-saja tampar gedik kat muka tu aku tak tahu pula hukumnya haram atau tak, kalau dua-dua tak kisah tak apa kot, haha...

sekian~

~10jarijemari menari-nari berkongsi informasi~




Elakkan Tekanan

Assalamualaikum w.b.t

Dalam kehidupan kita ini kita tidak sememangnya dapat mengelakkan diri daripada berdepan masalah peribadi dan rumah tangga. Bagaimanapun dalam usaha mencari kegembiraan dalam kehidupan kita hendaklah melakukan sesuatu untuk mengelakkan tekanan terus menghimpit perasaan. Ada banyak perkara boleh dipelajari dan dilakukan untuk mengelakkan tekanan. Sekiranya korang ingin mempraktikkan sesuatu ia hendaklah bersesuaian citarasa dan naluri masing – masing supaya tidak berlaku sebaliknya. Kita tidak perlu memaksa diri untuk terus menggunakan teknik berkenaan tetapi jika ia suatu yang positif bolehlah dilaksanakan secara perlahan –lahan.

Usaha untuk mengatasinya adalah langkah terbaik bagi mengelakkan diri daripada melakukan perkara di luar batasan.
           
Disini aku ada beberapa cara yang mungkin boleh membantu korang semua

Etika

Assalamualaikum w.b.t


Entry kali ini  aku ingin berkongsi dengan korang tentang sesuatu yang mungkin la dianggap remeh bagi sesetengah pihak, tapi perkara yang remeh ini la kadang-kadang dapat memberi impak yang besar kepada seseorang, who knows??

Membahagiakan Suami Di Ranjang Part 1

Assalamualaikum w.b.t

Seks yang memuaskan memang membahagiakan sang suami, tapi ada yang mampu dilakukan untuk
memberi kebahagiaan berganda buat lelaki. Apa yang perlu cuma memenuhi setiap impian suami ketika hubungan intim.


Apa yang di dambakan oleh setiap suami ini juga bukan sukar. Anda pasti dapat melakukannya. Mahu tahu apa yang diimpikan suami isteri setiap kali bersama??
teruskan pembacaan korang...^^

Bergaul Baru Jadi Diri Hebat

Assalamualaikum w.b.t

Kalau korang merasakan diri korang hebat, fikir sekali lagi, adakah korang hebat hanya korang pandai? cerdik? merasakan diri korang tu cun, hensem??
korang kaya? ada kereta sporty or seangkatan dengannya?? atau sekadar mempunyai folower yang ramai tapi tak ramai yang datang bace entry korang??


think again!



Siapa Jutawan Internet??

Assalamualaikum w.b.t


Adakah korang tahu yang internet ini boleh menjadikan seseorang itu kaya raya?? Ya! internet boleh memberikan korang duit kalau korang pandai manfaatkannya. Tak percaya?? mari tengok sini, antara yang berjaya dalam hidup dengan internet.

Kenapa Ramai Wanita Meminati Filem Korea??

Assalamualaikum w.b.t


Hari ini aku nak berkongsi dengan korang semua, mengapa perempuan fanatik gile dengan filem-filem dari korea?? Hmm..mengapa ek?? Malaysia punya tak cukup bagus ke??
Mari kita ikuti dibawah ini...


Tahniah Harimau Malaya!!

Assalamualaikum w.b.t




Jalan untuk ke Stadium Bukit Jalil memang dah sibuk sejak pukul 4 petang lagi. Semangat aku untuk pergi menonton perlawanan akhir Malaysia menentang Indonesia semakin membara...ceewwaah! Go Malaysia Go!


Di perkarangan stadium memang happening, ade konsert lagi, tapi bukan konsert untuk perlawanan itu, konsert ape ntah, pedulikan...yang penting bola...haha~


Aku tengok gelagat orang sekeliling tu memang riuh, dengan jualan baju-baju jersi, bandana yang tertulis Malaysia, vuvuzuela yang memekakkan suasana, makanan dan banyak lagi. Siapa yang meniaga time tu, confirm laku, yela yang datang bertandang kesitu lebih 85000 orang kot, yang datang kat sana bukan saja melayu, cina or india malah mat-mat and minah-minah saleh pun datang menyaksikan, yang best nyer diorang sokong Malaysia, terharu aku..^^


keputusan 3-0 pada perlawanan malam tadi memang berbaloi bagi pasukan dan penyokong Malaysia. Aku yang berasak-asak ke sana untuk menonton perlawanan mega ini berpuas hati dengan 2 jaringan gol yang disumbang kan oleh Safee Sali, 26 pada minit 62 dan 72 dan satu lagi oleh Mohamad Ashari Samsudin. 


Sebelum bermula perlawanan itu lagi aku telah melihat semangat penyokong Malaysia yang tidak putus-putus bersorak memberi semangat kepada pemain Malaysia. Pak cik anak dua sebelah aku ni pun siap melompat-lompat atas kerusi sejurus gol pertama membolosi gawang Indonesia..cayalah pakcik!! lompat tu lompat juga, jangan sampai patah sudah..^^


semangat penyokong Malaysia
Perkara yang paling aku tidak gemar apabila botol-botol mula dibalingkan ke dalam padang oleh kedua- dua penyokong. Sampaikan hampir berlaku pergaduhan lagi, yela nak baling ke dalam stadium terkena kepala orang, siapa tak marah oi! nasib baik la kejadian tersebut masih terkawal.
Aku tengok ade yang main mercun dalam stadium tu padahal masa kat entrance tu dah dibuat pemeriksaan dah, tapi masih lagi ada yang terlepas. 
Actually bagi aku nak main tu ok lagi, tapi biarlah pandai, ini tidak, main mercun sampai ada terkena pemain Malaysia lagi, kalau terkena pemain Indonesia tak apa lagi, teett!! haha..^^, yang main laser hijau tu, kalau nak main tu main la kat tempat lain, ni suluh pemain buat apa, kan hampir ditunda perlawanan tu, rugi tiket aku..huhu~


tiket RM30
Anyway, permainan dan keputusan malam tadi aku berpuas hati. Tiket RM30 tidak sia-sia, 1gol=RM10, boleh??




















Kepada pasukan Malaysia, pertemuan korang hari Rabu ini, buatlah terbaik, jangan sia-siakan kemenangan yang hampir kita kecapi..
Go Malaysia Go!!!


^^







Shisha LEbih Baik Dari Rokok???

Assalamualaikum w.b.t


Hari ini aku hendak berkongsi dengan korang pasal shisa. Actually benda ni dah lama dah diceritakan, cuma aku ni yang baru nak berjinak-jinak dengan shisha, makin ligat pulak tu, terfikir bagus ke shisha ni?? better dari rokok ke?? saya bukan penghisap rokok, pemberitahuan~ tett!. Dengan semangat yang berkobar-kobar, aku pun carilah maklumat di google dan ini hasilnya



Apa Itu Shisha?

Shisha atau disebut juga hookah merupakan alat penghisap tembakau yang berasal dari India. Penggunaan alat ini popular di Timur Tengah, dan menyebar ke seluruh dunia.

Bentuk alat ini mirip lampu minyak, dengan tabung utama yang terhubung ke sejumlah paip penghisap. Papan pemanas berisi bara api terdapat di bagian paling atas, berfungsi untuk membakar tembakau.

Tabung utama biasanya terbuat dari kaca, dan berisi air sebagai filter. Kerana filternya berupa air, maka muncullah anggapan bahawa shihsa lebih ok dibandingkan rokok filter, really??

Dikutip dari Live Science, Isnin (31/5/2010), sebuah kajian berhasil menyangkal anggapan tersebut. Penelitian yang dilakukan tahun 2009 itu dimuat dalam American Journal of Preventive Medicine.

Menurut penelitian tersebut, shisha menghasilkan asap lebih banyak dibandingkan rokok. Akibatnya, karbon monoksida (CO) yang terhirup lebih banyak dan boleh menyebabkan sesak nafas.

Kadar nikotin pada shisha juga sama walaupun difilter dengan air. Secara umum risiko kesihatan yang dihadapi saat menghisap shisha sama besarnya dengan rokok biasa, termasuk kanser paru-paru serta gangguan kehamilan. OMG!!




Oleh kerana itu, fikirkan sekali lagi jika masih menganggap shisha lebih baik dibandingkan rokok. Berikut ini adalah 4 mitos paling popular di kalangan pengguna shisha, dikutip dari Live Science, Isnin (31/5/2010).

Mitos: Shisha menghasilkan nikotin lebih sedikit dibandingkan rokok biasa.
Fakta: Penelitian di atas membuktikan, shisha maupun rokok biasa menghasilkan nikotin dalam kadar yang kurang lebih sama. Kalaupun ada perbezaan, itu tergantung pada tembakaunya dan biasanya shisha menggunakan tembakau terbaik dengan kadar nikotin lebih tinggi.

Mitos: Asap yang lebih tipis menunjukkan kadar racun pada shisha lebih kecil.
Fakta: Asap yang nipis pada shisha disebabkan oleh kelembaban yang tinggi, kerana adanya air. Kadar racun tidak terpengaruh oleh ketebalan asap.

Mitos: Air di dasar shisha berfungsi sebagai filter racun.
Fakta: Dalam jumlah sangat kecil, memang ada racun yang terjebak dalam air. Tetapi jumlahnya tidak masuk akal untuk mendatangkan risiko kesihatan yang selalu muncul.

Mitos: Tembakau dengan rasa buah-buahan yang sering digunakan dengan shisha memberi manfaat bagi kesihatan.
Fakta: Fungsi bahan perasa yang digunakan hanya untuk aroma, sedikitpun tidak memberi manfaat bagi kesehatan.

tembakau shisha
so pandangan korang macam mana?? still mahu hisap shisha??
Hmm...agak sama la juga nasib aku dengan para penghisap rokok tegar yang lain nampaknya
-_-


Detik.com

Orang Bagi Duit Setiap Hari??

Usaha Tangga Kejayaan!!!




Agak lama aku tak membuat entry baru...lame ke?? haha..baru selang 2-3 hari rasenye...tapi macam dah lama...selalu update pasal cintan cintun bagai haha~...padahal tak bercinta pun...sekeliling aku ni ha! tengah hangat bercinta...walawei~ jaga batas yer bro-bro n lad-lad sekalian.
actually aku sibuk...sibuk?? yela sibuk dengan memikirkan wang yang hampir sikit dan demi sedikit melayang entah kemana, boros kot, haha...teett~ kalau nak fikir je, sampai bila la uang akan datang kan??


so satu hari tu ader la sorang hamba Allah ini menawarkan kepada aku cara untuk menjana duit?? menjana?? hmm...err...macam nak tarik orang jer mamat ni...tapi tak apa. Memandangkan aku pun mencari solusi atasi masalah yang dihadapi sekarang, so dia ada bagi aku link ni, dia suruh baca, luang kan 5minit,so baca la....bla..bla...n blaa...


WOW!! menarik!!


dengan pantas aku cakap kat membe aku yang best tadi mahu join~ hahaha....Mesti korang kate aku gila kan?? ya! memang aku gila...hahaha~


tahu apa yang menarik minat aku pasal buat duit ni?? ni aku cerita sikit..


1. bisnes ini tidak perlu mencari downline
2. hanya perlu mengeluarkan modal yang sikit
3.payment masuk tiap-tiap hari.
4.Mempunyai bonus!!
5.Rajin kerja, banyak dapat bonus!!


so..sekarang ni aku pun telah join dan no.3 diatas ini telah pun aku rasai. No.2 telah aku jalankan, dan sekarang no.5 aku sedang usaha kan, hanya menunggu no.4 jer, no.1 akan datang apabila kita berusaha ^^


kalo berminat and mahu tahu lebih lanjut, korang boleh pergi ke link ini sebab nak cerita panjang pun malas sebab aku dah buat blog pasal ni. Blog ini aku buat khas dan menyenangkan mereka-mereka yang ingin turut sama menyertai.


oppss!! satu lagi nama bisnes ini ialah fastrack-inc haha...last-last baru nak bagitahu kan?? saje nak surprise...^^


kat facebook pun ade gak, klik sini 







Ini Fakta!!!

40 Fakta Lucu tentang Dunia


http://www.primaryscienceworld.info/wp-content/uploads/2010/08/earth.jpg
1. Coca-cola dulu berwarna hijau.

2. Nama yang paling umum digunakan di dunia adalah Mohammed.

3. Dalam bahasa inggeris, semua nama benua diawali dan diakhiri dengan huruf vokal yang sama.

4. Otot terkuat yang ada di badan kita adalah lidah. OMG!! ^^

5. Setiap orang di USA punya 2 kad kredit!

6. TYPEWRITER adalah kata terpanjang yang dapat ditaip dalam satu baris keyboard anda.

7. Perempuan kelip dua kali lebih banyak dari pada lelaki.

8. Menahan nafas tidak akan membuat korang mati.

9. Setiap manusia tak dapat menjilat siku tangannya sendiri. Cube lah~ kalau boleh memang boleh masuk guiness world rekod...^^

10. Ketika bersin jantung korang berhenti satu milisaat.

11. Secara fizik, babi tidak boleh melihat ke langit. tak ada leher kalau xsilap...

12. Sebut “sixth sick sheik’s sixth sheep’s sick†beberapa kali, nanti korang akan mahir berbahasa inggeris!...terbelit lidah den~

haaa~chhoooo~
13. Bersin terlalu kuat dapat mematahkan tulang iga, memutuskan pembuluh darah di kepala atau leher dan mengakibatkan kematian, so bersin dengan lomah lombut yer..^^


14. Setiap raja dalam kad melambangkan raja-raja besar zaman dahulu kala:
 King of spades - King David, King of Curls - Alexander the Great, King of Hearts - Charlemagne,    King of Diamonds - Julius Caesar
15. 111,111,111 x 111,111,111 = 12,345,678,987, 654,321

16. Kalau ada patung orang naik kuda dan dua kaki depan kuda itu terangkat di udara, itu tandanya orang itu mati dalam perang.

17. Kalau kaki kudanya cuma satu yang diangkat bererti orang itu cuma terluka dalam perang.

18. Kalau semua kaki kudanya menjejak tanah, bererti orang itu meninggal sebab sakit.

19. Apa persamaan baju kalis peluru, printer laser, tangga kecemasan dan wiper kenderaan? Jawapannya: semua dicipta oleh perempuan! Hah!
20. Satu-satunya makanan yang tak tamat tarikh tempoh ialah? Jawapan: madu.

21. Buaya tidak boleh menjelir lidah. =p


22. Siput boleh tidur selama 3 tahun.

23. Semua beruang kutub KIDAL!

24. American Airlines jimat $40,000 pada tahun 1987 dengan cara mengurangi 1 buah zaitun 
dari setiap piring salad yang mereka sajikan untuk penumpang kelas 1.

25. Deria rasa kupu-kupu ada di kaki.

26. Gajah adalah satu-satunya haiwan yang tidak boleh lompat.

27. Selama 4000 tahun lepas, jenis haiwan yang dipelihara di rumah cuma macam yang ada sekarang saje.

28. Rata-rata manusia lebih takut pada labah-labah daripada kematian.

29. Shakespeare mencipta perkataan: “Assassination†dan “bumpâ€

30. Dengan menggunakan  10 jari untuk menaip, STEWARDESSES adalah perkataan terpanjang yang boleh ditaip hanya dengan jari tangan kiri.

31. Semut selalu jatuh ke kanan setiap kali disembur cecair anti serangga

32. Kerusi elektrik ditemukan oleh seorang doktor gigi

33. Jantung manusia dapat menyalurkan darah sejauh 30 kaki

34. Dalam 18 bulan, 2 ekor tikus boleh melahirkan anak lebih dari sejuta anak tikus!!

35. Memakai headphone selama satu jam dapat menjana perkembangan bakteri dalam telinga sebanyak 700 kali ganda!

36. Pemetik api ditemukan sebelum mancis.

37. Setiap lipstik mengandungi sisik ikan.

38. Seperti cap jari, lidah manusia juga mempunyai corak yang berbeza.

39. 99% orang yang membaca tulisan ini cuba mengalikan fakta no. 15

40.???