widget

Drop Here 1st~

Showing posts with label Me.... Show all posts
Showing posts with label Me.... Show all posts
Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar kalian semua?? macam mana hari korang hari ini?? ok ke tak ok?? tak?? memang ada yang tak ok la tu,haha..., well bg aku, hari ini dan hari esok adalah hari yang amat aku bahagia, sebab apa?? haha..sebab besok adalah  
hari perkahwinan aku!! Hari aku akan menjadi raja sehari WOW!!
sekadar hiasan



Makanan Kegemaran Anda??

Assalamualaikum w.b.t

Apa habaq rakan-rakan blogger sekalian?? ada sihat?? moga-moga kalian sihat sejahtera...dah makan?? belum?? dah?? kalau dah alhamdulillah, kalau belum cepat-cepat la makan ok...tak elok makan lewat-lewat ni, karang berat badan tu meningkat pula, silap-silap boroi..haha...opss~ terlebih sudah.

Bercerita tentang makankan, aku nak cerita sikit dekat korang makanan kegemaran aku ni, nak tau tak?? tak nak?? kalau tak nak sila lah esc this blog ok?? hehe..gurau saja. Kalau tak mahu tahu, baca artikel lain kat blog ini ok....

"Saya nak join bloglist Nelly The Strange"

Assalamualaikum w.b.t

Tengok shoutbox harini ada sorang rakan blogger mengajak aku join kontest dia, actually semalam lagi aku tengok dah..cuma bz sikit nak buat, haha..bz la sangat, sory yer nelly~

So nelly, En. Jari join nelly punya kontest ok.

Nelly the strange
Syarat-syarat yang beliau letakkan adalah seperti berikut :
  1. Copy BANNER yang Miss Nelly dah sediakan dan linkkan ke entry beliau.
  2. Paste kan kat entry, dan buatlah entry ringkas bertajuk : 
  3. "Saya nak join bloglist Nelly The Strange" 
  4. Yang belum FOLLOW, sila follow lah dia .
  5. Korang pilih nak masuk kategori mana : Otai , Sempoi , Cool
  6.  Tinggalkan link anda kat ruangan komen entry ini.
  7. Tarikh tutup: 29 MARCH 2011 
  8. Tag dekat 3 orang ok  
 Ok Miss Nelly saya mahu join kategori cool!! kenapa?? adakah saya kool?? haha..mungkin kot..teett!! ^^

disini saya tag rakan-rakan blog saya..






Soalan Cepumas Dari Eja

Assalamualaikum w.b.t

Bangun pagi-pagi jer aku terus online tengok blog. Macam biasa lah kedatangan orang ke blog aku kian semakin kurang, yelah dah bz nak blogwalking, ni lah akibat dia, padan muka!! haha...bz la sangat, tapi tidak mengapa aku akan rajin kembali, bila??? tu tak tahu lagi...haha...

By the way sebenarnya aku telah ditag oleh seorang rakan blogger juga rakan ketika belajar di institusi ipta suatu ketika dahulu. Dia adalah Eja. Dalam tag ini aku diminta untuk menjawab soalan beliau dengan menyusun mengikut citarasa kita haha...

soalan beliau berbunyi~


Ada 5 perkara berlaku serentak.
1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.


Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.

so Eja this is my answer.

Nafsu Memuncak Di Puncak

Assalamualaikum w.b.t

Yes! penat aku berjuang bangun pagi kerana ingin memuaskan nafsu aku ini, urrgghh!!  pukul 4.30 pagi aku dah bergerak ke tempat kejadian, moga-moga aku tak terlewat. Oh tidak! mereka tidak sampai lagi, macam mana ni?? janji nak jumpa sebelum matahari naik, karang kantoi pula, huhu~ 

5 minit kemudian zaki, edan dan lehud sampai. Dengan pantas aku memecut white evo aku ke tempat yang dijanjikan bersama wira zaki.

tepat pukul 6.30 pagi selepas selesai solat subuh aku pun mula masuk ke dalam kawasan kelapa sawit, perggh! memang ramai dah sampai dulu, port ni memang ramai orang datang nak buat projek....aku pun nak gak join. Hope so ada port kosong....

20 minit kemudian setelah aku mandi peluh aku telah tiba di tempat yang dijanjikan, alangkah seronoknya aku tak terkata, membuak-buak nafsu aku ini tatkala melihat.....

25 Random Facts About Me



Assalamualaikum w.b.t


Apa khabar kalian?? adakah anda sehat?? emosi sehat?? jasmani sehat?? iman sehat?? kalau semua sehat, alhamdulillah, maklumlah 2 3 hari ni hujan dekat bandar diraja ini ^^. Memanjang jer hujan matahari pun dah jarang-jarang nampak.


Kelmarin bertarikh 28hb Januari, aku mendapat titah dari seorang gades bernama qila yang menyatakan bahawa aku telah ditag untuk membuat 25 random things about me...


thanks for tagging me qila...


here my best shot!

Award Lagi??

Assalamualaikum w.b.t


Sungguh aku tidak percaya bahawasanya blog aku yang tertubuh ini sudah hampir 2 bulan dan folowernya pula sudah mencecah 300++. Bukan nak berlagak atau bangga diri cuma terharu akan mereka-mereka yang datang ke blog aku ini. Aku rasa blog ini tak la best mana kalau nak di bandingkan dengan blog-blog newbie yang lain yang lebih mantop dan power.


Sebenarnya entry ini aku buat sempena award yang aku terima dari seorang rakan blogger aku...siapa dia?? 
check it out!!

Contest Aku Dan Kacamata

klik pic diatas untuk link ke beliau ^^

 Assalamualaikum w.b.t para blogger, stalker and seangkatan sekalian.
buat julung kalinya aku telah ditag untuk menyertai kontest 
'Contest Aku Dan Kaca Mata' 
oleh rakan baik ku. Mohd Chawi..hehe..
Oleh kerana aku telah ditag oleh beliau so...aku sahut cabaran beliau mane la tau leh menang.....perasan!!
tak rugi pun. tiada yuran kemasukan...
Mohd Syafiq Rosli this my best shot. Check it out...^^


Disini saya tag 2 orang member saya :


1. Fatynadia
2.Kai


Terima kasih tuan tanah ^^

Pasukan Elit

Kecil, Comel, dan Nakal


Ape la kena mengena tajuk kat atas ni yer?? hehe...ini merujuk mase aku dan kengkawan aku kecil-kecil dulu...


Pagi buta pukul 6am dah bangun tidur bangun nak ke sekolah. Naik la basikal capuk ke sekolah berjumpa cikgu tersayang cikgu fauziah, kat sekolah bukan belajar mane pun, main jer banyak, kerja sekolah mane la nak siap sangat, balik sekolah jer redah parit tangkap ikan puyu, haha~ cikgu ajar, terkebil-kebil mate tu, bajet masuk la dalam kepala otak..haha..kene soal, menggeletar kepala lutut,yela mahunya kene rotan..hehe, asal rehat jer mula la bertempiaran ke kantin berebut-rebut beli nasi lemak, tak pun mee 50sen dalam plastik tu...haha...kenangan~ dah kenyang, pergi main kejar-kejar tak pun polis entry...betul ke aku eja ni?? pedulikan~ janji bunyinyer same...hehe~ tp paling best main nyorok-nyorok...confirm tak jumpe...kenape?? aku nyorok kat kelas sampai loceng abis bunyi hehe....padan la sape yang jadi waktu tu...muahaha~ pas exam mula lah bawa mainan, digimon la,gameboy la, saidina, tak pun jutaria, paling tak boleh blah bawa walkman record dalam kelas pastu play balik...hahaha....


Tapi sekarang semua dah besar panjang. masing-masing dah masuk U...aku jer tak lepas, masuk politeknik jer..tp alhamdulillah dah lulus dengan jayanya...walaupun main-main time belaja..haha..3,4 hari lepas aku telah di invite masuk group SK Telok Gadong, UPSR 2001 oleh member sekelas aku ni Cik Afiza Suriyati. Ramai lah ak jumpe balik...ramai tak kenal pun...yang kelas lain la...kelas sendiri..aku kenal korang..haha...tak payah nak sorok pic tu, haha...mostly berjaya...ade yang masih sama, ada makin kurus,gemuk, cun, kiut..ouch~ haha...tapi so far belum lagi la aku jumpa yang dah berkahwin or bertunang. Kat group tu mula la bergosip-gosip..yelah lame tak jumpe, hampir 9 tahun ade kot....lame wei~ Gelak sakan aku..guling-guling..haha...skandal mase sekolah dulu terbongkar akhirnya setelah sekian lama menyembunyikan ia..haha...sory sape-sape yang terasa..^^ 


Anyway Hariz, Ali, Afiza, Hajar, Kak Yien...chating korang pagi ni berjaya membuat aku pecah perut..hehe...alangkah seronoknya bertemu kembali korang..^^


6 Elit


muka kanak-kanak ini semua berkerut...apa taknya tangkap gambar mase matahari terik...berkerut-kerutan la. Kalo hebat cari la aku yang mana satu...yang penting bukan yang berdiri la muahaha...^^
Credit to Cik Hajar mengupload pic ini di facebook ^^

Here Come The Newbie!!


Assalamualaikum

Sambil mendengar lagu In-team yang bertajuk stand together ni, sambil pekena air melo panas bancuhan aku ni ditambah pula irama hujan kat luar tu, aku nak perkenal diri aku yang tak seberapa ni. Aku asalnya buat blog ni nak berbisnes kecil-kecilan sikit tp mcm tak menjadi lak...maybe aku tak ade   darah-darah manusia yang berbisnes or malas kot so...xjd lah bisnes nyer...haha...(yelah lahir tahun ular kan, mengular byk la...lol =p). Mesti korang tertanya pekebenda la bisnes yang aku buat ni kan?? bukan menjual dadah atau CD cetak rompak yer adik-adik, haram tu!. Actually aku menjual bundle patung-patung lembut a.k.a softoys la...
Tau x softoys tu ape?? bukan yang tertulis pada item nya 18 tahun ke atas sahaja tu yer...itu pon bahaya dijual leh kene tangkap haha...
softoys ni macam teddy bear la, tp xsemua teddy bear, ade yang bentuk naga,harimau kucing n so on...janji ia lembut...yeahh~  


ni la antare patung-patung lembut aku...hee~

Ok2 melencong lak aku ni haish~ promote lak hee...eheem2...nama ku diberi oleh kedua my laply ma n pa Redha Sarhan Ramli...lahir tanggal 15 Januari 1989 tahun ulalar pukul 8.29 am...waaa....orang bagun tidur je ak pon celik kat bumi ni..hehe...Lahir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), hospital yang selalu kita dengar banyak entiti2 berkeliaran disitu,selalu ker?? ....hahaha...ngeri kan?? biala, aku pon selamat lahir ke dunia ciptaan yang Maha Esa ini.

Ramai yang baru kenal aku amat payah nak menyebut nama aku...ish..ish..ish...terbelit lidah kadang-kadang aku dengar. Ader yang menyebut rid-ha, ra-dha, rid-ha, ra-do pun ader...urrgghhh~ tension2..tapi tak ape,janji boleh sebut, alhamdulillah,so how to call my name?? Like this Re-Dha...simple as dat...pastu bile dah reti sebut name aku yang uniq ni dengan jayanya mesti nak tau makna nya kan?? aku pon asalnya pelik gak dengan nama aku ni...selalu disebut tp aku sendiri xtau maksud dier,haha...so beriya2 la tanya ma n pa aku ape maksud nama aku tu...bila aku tanya kat depa...depa dengan senang hati jawab '' tu ha...buku nama2 dan maksud, cari sendiri '' dengan muka blur tidak dapat jawapan yang di ingini, ak pon membelek la buku tu cari maksud nama ku ini...
so korang agak2 ape maksud nama aku ini?? cari sendiri kat sini...
korang yang xtau or ragu2 dengan nama sendiri tu pun leh cek kat sini kay...
(penat dah jari nih)
nak tau lagi pasal aku...tanya aku sendiri kay?? xtau nak cite ape lagi pasal aku ni...

anyway this is my 1st try in this new world of blog
dorongan dan tunjuk ajar..amat2 lah aku harapkan..
tanpa korang...apelah blog ini...

peace ^^